Profil Universiti

Universiti Antarabangsa UNITAR ditubuhkan pada tahun 1997, dan merupakan salah satu Institusi Pendidikan Tinggi Swasta yang pertama di negara ini. Selain kampus utamanya yang terletak di Leisure Commerce Square, Petaling Jaya, universiti ini bekerjasama dengan pelbagai Pusat Serantau Bebas di seluruh negara dengan populasi seramai lebih daripada 9,000 orang pelajar dalam 60 program akademik. Universiti ini berbangga kerana dapat mewujudkan program Asasi, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ijazah Kedoktoran yang cemerlang untuk memenuhi keperluan dan cita-cita para pelajarnya yang datang dari pelbagai latar belakang dan sangat berbakat.

UNITAR berhasrat untuk menjadi pusat kecemerlangan yang terkemuka dalam memberikan pendidikan yang bermutu tinggi, penyelidikan & pembangunan dan latihan dalam bidang Pengurusan Perniagaan, Pendidikan & Sains Sosial, Pendidikan Awal Kanak-kanak, Teknologi Maklumat dan Hospitaliti & Pengurusan Pelancongan di dalam Malaysia dan di negara-negara ASEAN. Dengan misi UNITAR untuk mengeluarkan siswazah yang paling dicari-cari dalam bidang kepakaran mereka, semua program yang ditawarkan dihasilkan melalui konsultasi rapat dengan akademia senior, ahli perniagaan dan rakan kongsi industri kolaborasi kami yang paling utama di negara ini. Dengan sukatan pelajaran kelas pertama, terkini dan fokus terhadap industri; semua program yang disediakan diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dan melebihi piawaian kecemerlangan yang diperlukan oleh Agensi Kelayakan Malaysia.

Universiti ini memenuhi keperluan ramai pelajar, daripada pelajar lepasan sekolah, profesional pengurusan pertengahan dan kanan, ahli perniagaan, suri rumah dan juga orang yang telah pencen melalui program pembelajaran konvensional dan jarak jauh kami. Dengan komitmen yang teguh untuk terus berusaha ke arah kecemerlangan sepanjang zaman, UNITAR pantas menjadi pembekal pendidikan tinggi yang penting di Malaysia dan di negara-negara ASEAN. Sebagai universiti pembelajaran yang inovatif, hasil yang kami impikan adalah untuk mengeluarkan siswazah yang paling sesuai untuk diambil kerja dalam pasaran bidang masing-masing, menyediakan ‘ekosistem’ pembelajaran yang terbaik untuk membolehkan pelajar menimba ilmu pengetahuan dan untuk mencipta institusi pembelajaran yang mapan dari segi pertumbuhan dan kematangan.

PAUTAN LAMAN SOSIAL
© 2012 UNITAR International University. Hakcipta Terpelihara.