Soalan Lazim
1. Tinggal Di Malaysia

a. Bolehkah anda memberitahu saya serba sedikit mengenai Malaysia?

Geografi

Malaysia terdiri daripada dua bahagian utama negara, Semenanjung Malaysia di sebelah barat dan di sebelah Timur Malaysia, negeri Sabah dan Sarawak. Semenanjung Malaysia, yang menempatkan ibu negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur, terletak di selatan Negeri Thai, utara Singapura dan timur Kepulauan Sumatra Indonesia. Malaysia Timur terletak pada kepulauan Borneo dan berkongsi sempadan dengan Brunei dan Indonesia. Jumlah kawasan tanah Malaysia ialah 329,847 kilometer persegi (127,350 batu persegi), negara yang ke-67 terbesar di dunia dari segi kawasan tanah. Tin, kayu balak, tembaga, bijih besi dan gas asli merupakan sumber asli utama negara ini.

Iklim

Malaysia mempunyai iklim tropika dan lembap dengan suhu purata di antara 20°C - 30°C sepanjang tahun. Iklim tempatan dipengaruhi oleh gunung-ganang di seluruh kawasan Malaysia Timur dan Barat.

Iklim di Malaysia berbeza mengikut kawasan tanah tinggi, tanah rendah dan pinggir laut. Kawasan pinggir laut biasanya mempunyai cuaca yang cerah secara relatifnya, dengan suhu di antara 23 °C (73.4 °F) dengan 32 °C (89.6 °F), dan purata hujan turun antara 10 sentimeter (4 inci) sehingga 30 sentimeter (12 inci) sebulan. Kawasan tanah rendah mempunyai suhu yang lebih kurang sama, tetapi mempunyai kadar hujan turun yang amat berbeza yang menunjukkan tahap kelembapan yang sangat tinggi. Kawasan tanah tinggi pula lebih sejuk dan basah, dan menunjukkan perbezaan suhu yang lebih besar. Kawasan tanah tinggi dilitupi dengan lebih banyak awan, yang mempunyai tahap kelembapan tidak kurang daripada 75%.

Populasi

Masyarakat pelbagai kaum di Malaysia mempunyai pelbagai kumpulan etnik. 67.4% daripada populasi Malaysia terdiri daripada kaum Melayu dan orang asli. Mengikut definisi perlembagaan, semua orang Melayu beragama Islam. Kira-kira satu perempat daripada populasi Malaysia ialah etnik Cina, satu kumpulan yang, mengikut sejarah, telah memainkan peranan yang penting dalam perniagaan dan perdagangan di negara ini. Akhir sekali, kaum India di Malaysia membentuk 7% daripada populasi negara ini.

Kepadatan populasi tertinggi ialah di semenanjung Malaysia, yang diduduki oleh 22.6 juta daripada 28.3 juta penduduk Malaysia. Bakinya tinggal di kawasan kepulauan Malaysia di pulau Borneo, di negeri Sabah dan Sarawak yang lebih besar kawasannya, tetapi kurang penduduk. Lebih daripada separuh daripada penduduk Sarawak dan lebih kurang dua pertiga penduduk Sabah merupakan orang asli.

Kumpulan Etnik Utama di Malaysia

Melayu: 60.3%
Cina: 22.9%
India: 6.8%

Bendera kebangsaan Malaysia

Bendera kebangsaan Malaysia, yang juga dikenali sebagai Jalur Gemilang, dan jata negara Malaysia merupakan simbol kegemilangan dan kedaulatan negara. Kerajaan menggalakkan Jalur Gemilang dikibarkan terutama sekali pada bulan kemerdekaan iaitu pada bulan Ogos sebagai tanda cinta, setia dan bangga terhadap negara.

Jalur Gemilang

Bendera kebangsaan Malaysia atau Jalur Gemilang terdiri daripada 14 jalur merah dan putih yang melintang dengan kelebaran yang sama (di sepanjang bendera tersebut), yang mewakili 13 komponen Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Kanton berwarna biru tua di bahagian penjuru atas di sebelah kiri dan membawa ke bawah hingga atas jalur yang kelima menunjukkan perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian ini mengandungi anak bulan tanda agama Islam, agama rasmi Malaysia. Bintang yang mempunyai 14 penjuru itu tanda perpaduan 13 negeri dengan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning merupakan warna diraja bagi Raja-raja di Malaysia.

Bunga Kebangsaan Malaysia ialah 'hibiscus' atau 'rosa sinensis'. Di Malaysia, bunga ini dikenali sebagai 'Bunga Raya'.

b. Apakah bahasa yang biasanya digunakan di Malaysia?

Bahasa

Bahasa yang biasa digunakan di Malaysia ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Kantonis, Mandarin dan Tamil.

c. Bagaimana pula dengan makanan di Malaysia?

Satu sapaan yang biasa digunakan di Malaysia ialah “Adakah awak sudah makan?”. Rakyat Malaysia gemar makan dan bernasib baik kerana di sini terdapat pelbagai jenis rasa. Anda akan mendapat pengalaman gastronomik yang tidak boleh didapati di tempat lain. Itu satu jaminan.

Beberapa Makanan Kegemaran Tempatan

  • Roti Canai
  • Kuey Teow Goreng
  • Nasi Lemak
  • Satay
  • Teh Tarik
  • Laksa

d. Bagaimanakah keadaan Budaya Sosial di Malaysia?

Masyarakat Pelbagai Budaya

Apabila datang ke Malaysia, anda akan dapat lihat dengan jelas bahawa kumpulan etnik yang berbagai-bagai di sini kesemuanya mengekalkan adat resam, kepercayaan agama, dan cara hidup mereka masing-masing. Perayaan yang paling penting bagi setiap kumpulan etnik merupakan cuti umum di sini.

Orientasi Kumpulan

Institusi kekeluargaan dianggap sebagai pusat gagasan sosial Malaysia. Hasilnya, perpaduan, kesetiaan dan menghormati orang tua sangat dititikberatkan di dalam masyarakat Malaysia. Keluarga adalah satu-satunya tempat yang boleh menjamin sokongan emosi dan kewangan bagi seseorang.

Konsep Air Muka

Masyarakat Malaysia sangat mementingkan air muka dan mengelak daripada memalukan seseorang di tempat awam dan juga tempat tersorok. Air muka ialah konsep peribadi yang mempunyai kualiti seperti nama baik, perangai yang baik, dan sangat dihormati oleh masyarakat sekelilingnya. Air muka dianggap sebagai komoditi yang boleh diberi, hilang, diambil, atau diperolehi. Selain itu, menyelamatkan atau menjaga air muka ini juga merangkumi keluarga, sekolah, syarikat, dan juga negara.

Oleh sebab pentingnya menjaga air muka ini, rakyat Malaysia berusaha untuk menjalinkan hubungan yang harmoni. Air muka boleh hilang dengan mengkritik atau mengejek secara terbuka, ataupun menumpukan perhatian ramai terhadap seseorang. Begitu juga dengan membuat sesuatu yang boleh memalukan sesuatu kumpulan, mencabar pihak berkuasa; terutama sekali di tempat awam, memarahi seseorang, menolak sesuatu permintaan, tidak menepati janji, atau berbalah dengan seseorang di tempat awam.

Sebaliknya, air muka boleh diselamatkan dengan kekal tenang dan berbudi bahasa, membincangkan sesuatu kesalahan atau pelanggaran di tempat tersorok, bercakap mengenai masalah tanpa menyalahkan sesiapa, menggunakan komunikasi bukan lisan untuk mengatakan “tidak” dan 'membenarkan orang tersebut keluar daripada situasi tersebut dengan bermaruah'.

e. Apakah perayaan utama yang disambut di Malaysia?

Malaysia adalah satu negara pelbagai etnik dan budaya dengan pelbagai kepercayaan agama. Setiap kumpulan mengamalkan agama dan kepercayaan mereka dengan bebas. Konsep “Rumah Terbuka” diamalkan pada hampir semua perayaan yang bermaksud menjemput saudara-mara dan rakan-rakan untuk sama-sama makan dan meraikan perayaan tersebut. Perayaan utama yang disambut di Malaysia sepanjang tahun ialah: Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas.

f. Apakah faktor-faktor yang menyakinkan para pelajar untuk belajar di Malaysia ?

Pengangkutan Awam

Untuk bergerak di Malaysia terutama sekali di Pusat Bandar Kuala Lumpur adalah mudah dan pengangkutan awam seperti Teksi, Bas, KTM Komuter, Aliran Transit Ringan (Light Trail Transit system atau LRT), KLIA Express, dan KL Monorail senang didapati. Pengendali lain yang lebih kecil juga ada disediakan dengan harga yang berpatutan. KTM Komuter adalah salah satu sistem pengangkutan awam yang paling mudah untuk sampai ke universiti kami kerana Stesen Komuter hanya sejauh satu minit jika berjalan kaki.

g. Berapakah Kos Kehidupan di Malaysia?

Sebagai panduan, jumlah perbelanjaan bulanan bermula daripada kira-kira USD450 hingga USD750 (RM1,500 hingga RM2,700) atau lebih, atau lebih kurang USD5,400 hingga USD9,000 (RM18,000 hingga RM32,400) setahun bergantung pada gaya hidup pelajar tersebut.

Kadar Sewa

Kadar sewa penginapan bergantung pada jenis penginapan, lokasi dan kemudahan yang ditawarkan di tempat tinggal yang diingini.

2. Kemasukan

a. Apakah kelayakan masuk bagi Kemasukan ke Universiti Antarabangsa UNITAR?

Negara

Keperluan masuk

Bangladesh

Sijil Menengah Tinggi

Brunei

GCE “O” Level
GCE “A” Level

Kemboja

Menengah Atas (Gred 12)

Cameron

General Certificate of Education Examination Advanced Level
Cameroon GCE “O” Level

Ghana

West African School Certificate
General Certificate of Education Advance Level

China

Senior High School Diploma

India

Higher Secondary School Certificate
Intermediate Certificate
Pre-professional Examination; First Year Arts, Science and Commerce Examinations
All-India Senior School Certificate; Delhi Senior School Certificate

Indonesia

Sijil Sekolah Menengah Atas (Sijil)

Iran

High School Diploma (on completion grade 12) + KONKUR (peperiksaan kemasukan universiti)

Kenya

Kenya Certificate of Secondary Education (KCSE)
Kenya Certificate of Education and
Advance Certificate of Education.

Lebanon

Ijazah Sarjana Muda

Laos

Ijazah Sarjana Muda

Timur Tengah

General Secondary Education Certificates
The Secondary School Certificate

Myanmar

Basic Education High School Examination/ Matriculation

Nigeria

West African School Certificate and General Certificate Advance Level.
G.C.E Systems Senior Secondary School Certificate

Pakistan

One Year Certificate/ Foundation
Secondary School Certificate (SSC)
Higher Secondary Certificate Examination (HSC)

Sri Lanka

General Certificate of Education (A Level)

Singapura

Singapore Cambridge General Certificate of Education ‘Ordinary Level’
Singapore Cambridge General Certificate of Education ‘Advanced Level’
Pre U2

Thailand

Upper Secondary School Certificate

Vietnam

Upper Secondary (Grade 12) High School

3. Keperluan Kecekapan Bahasa Inggeris:

Pelajar antarabangsa mestilah mempunyai kecekapan Bahasa Inggeris minimum yang berikut sebelum dibenarkan mendaftarkan diri dalam kursus Fakulti seperti yang disenaraikan di dalam struktur program masing-masing:

  • markah TOEFL sebanyak 450 atau IELTS band 4
  • Tempoh sah TOEFL dan IELTS ialah dua (2) tahun dari tarikh sijil

Tanpa kelayakan ini, pelajar antarabangsa perlu mendaftar dan lulus Program Bahasa Inggeris Intensif. Program Bahasa Inggeris ini akan dikenakan caj tambahan tidak termasuk dalam Yuran Program masing-masing.

b. Bagaimanakah boleh saya memohon satu-satu program?

Semua Pelajar Antarabangsa perlu membaca keperluan pengambilan pelajar dengan teliti, dan memastikan semua maklumat telah dilengkapkan sebelum anda menghantar permohonan anda.

Sila ikuti langkah-langkah yang berikut:

Permohonan Dalam Talian

  • Permohonan Dalam Talian dibuka sepanjang tahun. Calon-calon boleh memohon program pilihan mereka dengan mengklik pautan Permohonan Dalam Talian. Sila isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap, dan tekan butang hantar. Pihak Pentadbiran kami akan memproses Permohonan anda dan anda boleh menyemak status permohonan anda dalam talian.
  • Calon yang berjaya akan menerima Surat Tawaran daripada universiti ini, dan calon tersebut perlu hadir pada hari pendaftaran, untuk mendaftarkan diri sebagai pelajar.
  • Jika anda mempunyai kelayakan lain yang sama taraf seperti Asasi atau Diploma dari Universiti/ Kolej/Institusi/Politeknik yang lain, anda perlu menghantar dokumen yang berikut melalui pos selepas anda menghantar permohonan anda dalam talian:
  • Satu salinan Sijil Anugerah yang disahkan
  • Satu salinan Transkrip Akademik yang disahkan
  • Semua maklumat dan bahan yang relevan yang berkaitan dengan pengajian anda yang terdahulu

c. Bagaimanakah boleh saya menyemak status permohonan saya?

Di bawah ini ialah langkah-langkah untuk para pelajar menyemak Status Permohonan mereka:

  1. Semak di laman web UNITAR www.unitar.my
  2. Klik butang 'Status Permohonan Dalam Talian'
  3. Masukkan nombor Pasport anda
  4. Halaman status terkini permohonan anda akan muncul, sama ada:
  5. Ditawarkan (pelajar boleh mencetak Surat Tawaran dan Arahan Pendaftaran)
  6. KIV (Klik Surat Perakuan)

Catatan: 'Surat Perakuan' akan menerangkan kepada anda status terkini permohonan anda dan tindakan yang perlu diambil oleh pemohon(-pemohon). Teruskan sehingga anda mendapat pemberitahuan akhir ini: BERJAYA atau TIDAK BERJAYA

d. Apakah bahasa pengantara bagi proses pembelajaran?

Bahasa Inggeris ialah bahasa pengantara bagi proses pembelajaran.

e. Berapa semesterkah dalam setahun?

Tiga (3) semester dalam setahun; Februari, Jun dan September.

f. Bilakah saya perlu mendaftarkan diri?

Butir-butir pendaftaran akan dinyatakan di dalam Surat Tawaran anda.

g. Apakah yang perlu saya bawa semasa pendaftaran?

Dokumen dan barang-barang yang penting:

  • Pasport asal dan dua (2) salinan
  • Surat Tawaran dari Universiti
  • Surat Kelulusan Imigresen
  • Tunai/Bayaran yang perlu dibayar kepada Universiti dan Jabatan Imigresen
  • Gambar berwarna berukuran pasport (10 keping)
  • Transkrip dan sijil akademik yang asal dan salinan
  • Surat Berhenti daripada Institusi sebelumnya berserta salinannya
  • Laporan Pemeriksaan Kesihatan yang Asal

3. Penginapan

Bagaimanakah boleh saya membuat tempahan bagi penginapan?

Unit Perumahan Pelajar akan mencuba yang terbaik untuk membantu mencari penginapan yang terbaik yang ada.

Sekiranya terdapat sebarang Pertanyaan, sila Hubungi:

Unit Perumahan Pelajar
Tingkat 1, Blok C, Leisure Commerce Square,
No.9 Jalan PJS 8/9, 46150 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603-7627 7344
Faks: +603-7627 7344
Emel: sdad@unitar.my

Waktu Beroperasi

Isnin - Jumaat: 8.30pagi - 5.30petang
Sabtu: 9.00pagi - 3.00petang

4. Kemasukan ke Malaysia

a. Bagaimanakah boleh saya memohon Visa Pelajar?

Semua pelajar antarabangsa perlu mendapatkan Surat Kelulusan daripada Jabatan Imigresen Malaysia semasa memasuki Malaysia dan menyimpan Pas Pelajar dan/atau Visa Pelajar yang sah semasa belajar di Malaysia. Unit Pelajar Antarabangsa (International Students Unit atau ISU) akan membantu Pelajar Antarabangsa yang baru dalam mendapatkan Surat Kelulusan dan Pas Pelajar dan/atau Visa Pelajar.

PERMOHONAN PAS DAN/ ATAU VISA PELAJAR YANG BARU

ISU akan memastikan bahawa para pelajar memenuhi keperluan kemasukan Universiti untuk mendapatkan Surat Tawaran*. Para pelajar mestilah memahami sepenuhnya syarat-syarat pembayaran kepada Universiti dan prosedur imigresen Malaysia.

*Tawaran penempatan tertakluk pada pengesahan salinan yang disahkan benar seperti berikut:

  1. Sijil Akademik
  2. Sijil Kecekapan Bahasa Inggeris (iaitu TOEFL/IELT)
  3. Pasport yang sah
  4. Borang Permohonan

Sebelum memasuki Malaysia, semua pelajar antarabangsa mestilah membayar yuran Perkhidmatan Pelajar melalui

  1. Pemindahan Bertelegraf kepada akaun universiti atau;
  2. Draf Bank atau;
  3. Dengan memberikan butir-butir nombor kad kredit anda, MASTER atau VISA sahaja, tarikh luput, dan *nombor kod keselamatan (*3 digit terakhir di bahagian belakang kad kredit)
  4. Emelkan kepada: sdad@unitar.my

ATAU

Faks:

  1. +603-7627 7444 (Jabatan Hal Ehwal Pelajar) dan
  2. +603-7627 7267 (Akaun Pelajar)

Untuk mempercepatkan bukti pembayaran yang telah dibuat/dihantar, para pelajar perlu mengemelkan slip Bank atau salinan Draf Bank bersama-sama dengan butir-butir Nama Pelajar, kewarganegaraan, nombor pasport, nombor telefon dan faks yang boleh dihubungi, alamat emel dan program yang ditawarkan oleh universiti kepada alamat emel atau nombor faks jabatan yang disebutkan di atas ini.

ISU akan menghantar pembayaran dan dokumen yang diperlukan kepada Jabatan Imigresen Malaysia.

Jabatan Imigresen memerlukan perkara yang berikut:

  1. Yuran Pemprosesan sebanyak RM380 (lebih kurang USD$120)
  2. Surat Tawaran dari Universiti
  3. Sijil Akademik
  4. Salinan Fotostat Pasport (semua halaman)
  5. Empat (4) gambar berwarna berukuran Pasport
  6. Laporan Pemeriksaan Kesihatan

ISU akan mengeposkan Surat Kelulusan kepada pelajar yang berjaya.

ISU akan memaklumkan pelajar yang berjaya supaya memberikan jadual perjalanan mereka sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tiba di Universiti. Setiap pelajar perlu melengkapkan Borang Laporan Pemeriksaan Kesihatan sebelum mereka tiba.

Sila rujuk bahagian Garis Panduan Pengambilan di Lapangan Terbang dan Laporan Pemeriksaan Kesihatan.

ISU akan mengutip pasport pelajar yang berjaya bagi pengesahan Imigresen dan satu salinan pasport akan disahkan. Ini akan diberikan kepada pelajar tersebut dengan satu Surat Rasmi dan Pas Pelajar dan/atau Visa Pelajar bagi pemprosesan.

ISU akan menghantar pasport asal pelajar tersebut kepada Jabatan Imigresen bagi proses pengesahan. Pemprosesan ini memakan masa lebih kurang satu bulan.

ISU akan mengambil semula pasport tersebut daripada Jabatan Imigresen dan pelajar tersebut kemudiannya akan dimaklumkan supaya mengambil pasportnya kembali daripada ISU UNITAR.

Catatan:

Bagi pelajar dari negara larangan, selepas permohonan Pas Pelajar diluluskan oleh Jabatan Imigresen, satu surat yang digamkan akan diberikan kepada Unit Pelajar Antarabangsa (International Student Unit atau ISU) dan akan dihantarkan kepada anda. Tanpa membuka surat ini, anda mestilah pergi ke Kedutaan/Konsulat/Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang terdekat dan menggunakan surat ini untuk mendapatkan Visa Sekali Masuk sebelum masuk ke Malaysia.

Sebaik sahaja anda mendapatkan visa sekali masuk, anda mestilah menguruskan pengaturan perjalanan anda dan maklumkan kepada ISU Tarikh tiba, tempat kemasukan, butir-butir penerbangan dan lain-lain supaya wakil dari Universiti dapat menyambut anda di lapangan terbang. Pelajar antarabangsa tidak akan dibenarkan memasuki Malaysia tanpa wakil dari Universiti. Anda juga mestilah membawa Surat Kelulusan Jabatan Imigresen, kerana tanpanya, anda mungkin tidak dibenarkan memasuki negara ini juga.

Sebaik sahaja anda memasuki Malaysia sebagai seorang pelajar, anda akan diberikan pas sementara yang membenarkan anda tinggal di Malaysia bagi tempoh yang singkat. Dalam tempoh ini, ISU mestilah menghantar pasport anda kepada Jabatan Imigresen untuk mendapatkan pengesahan Pas Pelajar yang telah diminta bagi pihak anda lebih awal. Oleh itu, sebaik sahaja anda tiba di Malaysia, anda mestilah memberikan pasport anda kepada ISU, yang akan menghantarnya kepada Jabatan Imigresen bagi pihak anda.

Anda wajib mendapatkan Visa Sekali Masuk anda, kerana tanpanya, pelajar akan dikenakan caj sebanyak RM500 (untuk memproses Journey Performed Visa) oleh Jabatan Imigresen sebaik sahaja tiba di Malaysia, di samping caj imigresen yang lain. Yuran pemprosesan ini dikenakan terhadap mereka yang tidak mempunyai Visa Sekali Masuk sebelum memasuki negara ini.

b. Bagaimanakah boleh saya mengatur perkhidmatan Pengambilan di Lapangan Terbang?

Universiti akan menyediakan perkhidmatan Pengambilan di Lapangan Terbang apabila keperluan pembayaran pendahuluan Prapendaftaran telah diselesaikan. Seperti yang disyaratkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, wakil Universiti mestilah menyambut pelajar tersebut semasa tiba di lapangan terbang. Kakitangan daripada ISU akan bertemu pelajar tersebut di tempat pemeriksaan Imigresen berdasarkan butir-butir ketibaan yang diberikan oleh pelajar. Pelajar atau Ejen pelajar perlulah memaklumkan butir-butir masa ketibaan dan maklumat penerbangan kepada ISU lebih kurang 7 hari sebelum pelajar tersebut tiba.

c. Berapakah yuran yang dikenakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia kepada Pelajar Antarabangsa?

Bon Sekuriti

Ini adalah jumlah yuran yang perlu dibayar kepada Jabatan Imigresen Malaysia dan akan dipulangkan kepada pelajar selepas pelajar tersebut tamat pengajian dan berlepas ke kampung halaman mereka.

Negara

Yuran Bon (RM)

Singapura

RM 200

Thailand

RM 300

Indonesia

RM 500

Bangladesh
Filipina
India
Myanmar
Nepal
Pakistan
Sri Lanka

RM 750

Jepun
Korea Selatan
Macao
Hong Kong

RM 1,000

Arab Saudi
Afrika
Australia
British
Brunei
China
Eropah
Iran
Iraq
Portugal
Taiwan
Tunisia
Vietnam

RM 1,500

Kanada
Amerika Syarikat
Columbia
Angola
Burkina Faso
Burundi
Cameroon
Republik Afrika Tengah
Republik Congo
Republik Demokratik Congo
Cote D’Ivoire
Djibouti
Equatorial Guinea
Eritrea
Ethiopia
Guinea-Bissau
Ghana
Liberia
Mali Mozambique
Niger
Nigeria
Rwanda
Sahara Barat

RM 2,000

Negara Lain

RM 1,500

5. Undang-undang di Malaysia

a. Apakah aktiviti yang dilarang di Malaysia?

Anda dilarang melakukan apa-apa aktiviti jenayah semasa anda tinggal di Malaysia. Salah guna dadah dianggap serius di Malaysia. Mengedar, mengeluarkan, mengimport atau mengeksport dadah akan dikenakan hukuman mati. Para pelajar tidak boleh menyalahgunakan visa pelajar mereka dengan membuat pekerjaan yang menyalahi undang-undang di Malaysia mengikut arahan Jabatan Imigresen.

b. Apakah yang akan terjadi jika saya tinggal terlalu lama di Malaysia, melebihi tempoh Visa saya?

Tinggal terlalu lama melebihi tempoh Visa merupakan kesalahan yang boleh dikenakan hukuman di bawah Akta Imigresen. Pastikan anda tahu tarikh luput Pas Lawatan Sosial atau Pas Pelajar anda. Sila ambil perhatian bahawa undang-undang di Malaysia sangat dititikberatkan dan penalti yang dikenakan sangat berat.

6. Lain-lain

a. Jagaan Kesihatan

Di Malaysia, kami mempunyai banyak institusi kesihatan yang lengkap daripada klinik dan hospital kerajaan sehinggalah institusi jagaan kesihatan swasta. Biasanya, kos Jagaan Kesihatan Kerajaan adalah lebih murah berbanding jagaan kesihatan swasta. Kebanyakan pusat perubatan beroperasi 24 jam.

Pusat Perubatan Utama yang berdekatan dengan UNITAR:

Pusat Perubatan Sunway
No.5, Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Tel: +603-7491 9191
Faks: +603-7491 8181

Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya
No. 1, Jalan SS 12 / 1A,
47500 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Tel: +603-5639 1212
Faks: +603-5639 1675

Pusat Perubatan Kelana Jaya
No.1, FAS Business Avenue,
Jalan Perbandaran SS7,
Kelana Jaya,
47301, Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Tel: +603-7805 2111
Faks: +603-7806 3505

b. Telekomunikasi

Syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia ialah Telekom Malaysia, yang membekalkan talian tetap.

Pembekal Telefon Bimbit dan Perkhidmatan Internet yang paling popular

  • Maxis
  • Digi
  • Celcom
  • U-mobile

c. Media

Televisyen

ASTRO merupakan pembekal Perkhidmatan Televisyen berbayar yang tunggal di negara ini, dengan lebih daripada 30 saluran termasuk program serta radio digital.

Surat Khabar

Surat Khabar Bahasa Inggeris Tempatan yang Popular

  • The Star
  • The New Straits Times
  • The Sun (Percuma)
  • The Malay Mail

Surat Khabar Bahasa Melayu Tempatan yang Popular

  • Utusan Malaysia
  • Berita Harian
  • Harian Metro
  • Kosmo

Surat Khabar Bahasa Cina Tempatan yang Popular

  • Sin Chew
  • China Press
  • Nanyang Sian Pau
  • Oriental Daily News

Surat Khabar Tamil Tempatan yang Popular

  • Makkal Osai
  • Malaysia Nanban
  • Tamil Nesan

d. Hal-hal Kewangan

Perbankan

Terdapat banyak bank komersial dan saudagar di Malaysia. Bank biasanya dibuka dari jam 9pagi hingga 4petang, Isnin hingga Jumaat dan ditutup pada hujung minggu. Kebanyakan bank mempunyai Mesin Teler Automatik (ATM) dan banyak cawangan.

Bank tempatan yang terbesar ialah:

  • Malayan Banking Berhad (Maybank)
  • CIMB Bank Berhad (CIMB)
  • Public Bank (PBBANK)
  • Arab Malaysian Bank (AMBANK)

Penukar Wang

Penukar Wang berlesen yang popular boleh didapati berdekatan kawasan universiti serta di banyak kompleks beli-belah yang bereputasi baik di Kuala Lumpur.

PAUTAN LAMAN SOSIAL
© 2012 UNITAR International University. Hakcipta Terpelihara.