Sekolah Asasi dan Pengajian Am

Sekolah Asasi dan Pengajian Am (SFGS) ditubuhkan pada tahun 2012 untuk menawarkan kepada para pelajar satu cara transit daripada pengajian pada peringkat sekolah menengah ke tahap pendidikan universiti. Peralihan ke tahap pendidikan universiti ini boleh menjadi sangat mencabar, oleh itu, Program Asasi ini akan memberikan pengetahuan asas dalam bidang yang anda minati pada kelajuan yang sederhana. Program Asasi bertindak sebagai program prauniversiti untuk ke Program Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) di universiti ini. SFGS memberi peluang kepada anda untuk memperbaik kemahiran Bahasa Inggeris anda, yang sangat diperlukan kerana semua kursus program diajar dalam Bahasa Inggeris. Kami menganggap Program Asasi kami sebagai jambatan untuk memberikan anda peluang untuk belajar di peringkat universiti.

Program Asasi ini memberikan ‘batu asas’ yang penting supaya para pelajar dapat mempertingkatkan lagi pengetahuan mereka dalam bidang yang mereka minati.

Program ini juga memberikan pelajar peluang untuk mengatasi apa-apa batasan komunikasi atau psikologi dalam diri mereka sendiri serta untuk membina keyakinan diri dalam memahami dan menghargai bidang pengajian yang mereka pilih.

Kursus-kursus dalam Program Asasi akan membantu pelajar membangunkan kemahiran pembelajaran mereka, diperkenalkan dengan jangkaan pembelajaran program ijazah Sarjana Muda (Kepujian), dan memberikan masa kepada pelajar tersebut untuk meneliti pilihan pengkhususan yang berbagai-bagai dalam bidang yang mereka minati.

Pelajar ditawarkan dengan aliran Program Sarjana Muda (Kepujian) di Fakulti Pentadbiran Perniagaan (FBA), Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial (FESS), Fakulti Pendidikan Awal Kanak-kanak (FECS), Fakulti Teknologi Maklumat (FIT) dan Fakulti Hospitaliti dan Pengurusan Pelancongan (FHTM). Sasaran utama fakulti ini ialah untuk melihat para pelajar meneruskan matlamat pendidikan yang lebih tinggi di universiti ini dengan mendaftarkan diri ke dalam Program ijazah Sarjana Muda (Kepujian) universiti yang berprestij selepas mereka tamat Program Asasi mereka.

PAUTAN LAMAN SOSIAL
© 2012 UNITAR International University. Hakcipta Terpelihara.