Permohonan dan Kemasukan

Permohonan dan Kemasukan

UNITAR mengalu-alukan pelajar-pelajar yang bercita-cita tinggi dari seluruh dunia kerana kami percaya bahawa kampus yang mempunyai pelbagai budaya dan multinasional akan memperkayakan pengalaman pelajar dari segi sosial dan kepelbagaian budaya. Para pelajar berpeluang untuk bertemu orang lain daripada pelbagai budaya dan latar belakang etnik dan mewujudkan kesefahaman silang budaya di kalangan mereka.

Semua pelajar antarabangsa perlu membaca keperluan pengambilan pelajar dengan teliti, dan memastikan semua maklumat telah dilengkapkan sebelum anda menghantar permohonan anda.

Sila ikuti langkah-langkah yang berikut:

Permohonan Dalam Talian

Permohonan Dalam Talian dibuka sepanjang tahun. Calon-calon boleh memohon program pilihan mereka dengan mengklik butang Permohonan Dalam Talian. Sila isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap, dan tekan butang hantar. Pihak Pentadbiran kami akan memproses Permohonan anda dan anda boleh menyemak status permohonan anda dalam talian.

Calon yang berjaya akan menerima Surat Tawaran daripada universiti ini, dan calon tersebut perlu hadir pada hari pendaftaran, untuk mendaftarkan diri sebagai pelajar.

Jika anda menggunakan kelayakan lain yang sama taraf seperti Asasi atau Diploma dari Universiti/ Kolej/Institusi/Politeknik yang lain, anda perlu menghantar dokumen yang berikut melalui pos selepas anda menghantar permohonan dalam talian anda:

  • Satu salinan Sijil Anugerah yang disahkan
  • Satu salinan Transkrip Akademik yang disahkan
  • Semua maklumat dan bahan yang relevan yang berkaitan dengan pengajian anda yang terdahulu
PAUTAN LAMAN SOSIAL
© 2012 UNITAR International University. Hakcipta Terpelihara.