Masa Depan Anda. Pilihan Di Tangan Anda. Jadikan Ia Bermakna.
- Peluang Menang 1 dari 14 Perodua Myvi!
- Terbuka Kepada Semua Program
- Tersedia di Semua Kampus UNITAR Malaysia
- Pelajar Pengambilan September 2025 Sahaja
Why Gold?
Gold is a symbol of value, belief, and lasting reward. At UNITAR, when a student invests in their education, we honour that commitment with the opportunity to win something precious.
To celebrate your bold move to continue learning, we’re giving 52 lucky students a solid gold reward — literally.
But the real reward isn’t the gold — it’s the journey ahead. This is our way of saying:
“We see you. We believe in you. Let’s build your golden future — together.”


Institusi Pengajian Tinggi Yang Berkualiti!
Pilih program ikut cita-cita anda, dan kami sedia bantu anda sampai berjaya. Apabila anda sambung pengajian di UNITAR, anda akan dapat:
- Pendidikan Kualiti dan Diakredetasi oleh MQA
- Sertai Komuniti yang Saling Menyonkong Anda dalam Mencapai Impian Anda
- Peluang memenangi sebuah kereta PERODUA Myvi!
What Others Say About UNITAR
Isi Borang Berikut
Kongsi maklumat penting anda kepada kami untuk kami membantu anda merealisasikan impian pendidikan anda!
Seorang Pendidikan Kaunselor akan menghubungi anda, dan terangkan langkah seterusnya.
Isi maklumat dengan makluat yang sahih.
Soalan Lazim
1. Adakah UNITAR benar-benar memberikan sebuah Perodua Myvi bagi kemasukan September 2025 ini?
Ya, benar. Pelajar yang mendaftar untuk kemasukan September 2025 di UNITAR dan memenuhi syarat kelayakan akan berpeluang memenangi sebuah Perodua Myvi. Satu unit Myvi akan diberikan di setiap wilayah yang mengambil bahagian. Pemenang akan dipilih secara rawak melalui cabutan bertuah berkomputer.
2. Siapakah yang layak menyertai kempen pemberian kereta ini?
- Warganegara Malaysia.
- Mesti mendaftar bagi kemasukan September atau Oktober 2025.
- Mendaftar dalam mana-mana program UNITAR (sama ada dalam talian atau di kampus).
- Menyelesaikan bayaran yuran yang ditetapkan dan/atau mempunyai kelulusan rasmi bagi bantuan kewangan (contohnya PTPTN, KWSP, HRDF, atau biasiswa).
- Memenuhi syarat kelayakan minimum program yang didaftarkan.
- Pelajar UNITAR sedia ada juga boleh menyertai dengan merujuk rakan melalui Program Rujukan SGS (rujuk Terma & Syarat).
3. Adakah saya perlu mendaftar untuk program tertentu untuk layak?
Tidak. Kempen ini terbuka kepada semua program UNITAR dan semua mod pengajian (dalam talian atau di kampus).
4. Jika saya telah mendaftar awal tetapi belum memulakan kelas, adakah saya masih layak?
Ya. Selagi pendaftaran anda adalah untuk kemasukan September atau Oktober 2025, anda layak untuk menyertai.
5. Adakah pemberian ini tambahan kepada biasiswa dan bantuan kewangan lain?
Ya. Ini merupakan ganjaran berasingan. Pelajar yang menerima PTPTN, biasiswa, atau bantuan kewangan tetap layak menyertai.
6. Jika saya menerima bantuan kewangan, adakah ia menjejaskan peluang saya untuk menang?
Tidak sama sekali. Status bantuan kewangan tidak menjejaskan peluang anda. Namun, pastikan tiada tunggakan bayaran (jika ada) untuk memastikan kelayakan anda.
7. Bagaimanakah pemenang akan dipilih?
Pemenang akan dipilih melalui sistem cabutan bertuah berkomputer. Seorang pemenang akan dipilih bagi setiap wilayah yang mengambil bahagian.
8. Bila dan bagaimana saya akan mengetahui jika saya menang?
Pemenang akan diumumkan selepas proses pengesahan kelayakan selesai, termasuk pengesahan bayaran yuran atau kelulusan bantuan kewangan (seperti PTPTN, KWSP, HRDF, atau biasiswa). Pemenang akan dihubungi secara langsung melalui panggilan telefon atau WhatsApp — dijangka sekitar Februari 2026, tertakluk kepada perubahan oleh pihak pengurusan.
9. Berapa orang pemenang yang akan dipilih?
Sebanyak 14 unit Perodua Myvi akan diberikan kepada pelajar di seluruh Malaysia.
10. Bagaimanakah saya boleh mengambil kereta sekiranya saya menang?
Sekiranya anda menang, anda perlu hadir ke kampus UNITAR yang terdekat untuk menebus hadiah tersebut.
11. Bolehkah saya menghantar wakil untuk mengambil kereta bagi pihak saya?
Tidak. Pemenang mestilah hadir sendiri untuk mengambil hadiah dan mengemukakan pengenalan diri yang sah untuk tujuan pengesahan.
12. Apakah kos yang ditanggung melalui hadiah ini, dan apa yang perlu saya bayar?
Setiap hadiah Perodua Myvi termasuk:
Nombor plat yang didaftarkan
Insurans selama 1 tahun
Cukai jalan selama 1 tahun
Nota: Kos bahan api, penyelenggaraan, dan pembaharuan pendaftaran selepas tahun pertama adalah tanggungjawab pemenang.
13. Bolehkah saya memilih warna kereta?
Pemenang boleh memilih warna kereta berdasarkan senarai warna yang telah ditetapkan oleh UNITAR. Sebarang permintaan warna di luar senarai ini tidak akan dilayan.
14. Bolehkah saya menukar hadiah kepada wang tunai atau memindah milik kereta kepada orang lain?
Tidak. Hadiah ini tidak boleh dipindah milik, ditukar ganti, atau ditebus dengan wang tunai.
15. Apa berlaku jika saya tidak dapat menghadiri majlis penyampaian hadiah?
Sekiranya anda gagal hadir tanpa alasan yang sah, UNITAR berhak untuk membatalkan kelayakan anda dan hadiah akan dilucutkan.
Terms & Conditions
Dengan menyertai Peraduan Pemberian Perodua Myvi Kemasukan September 2025 anjuran UNITAR Education Group (“UNITAR”) (“Kempen”), anda bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat yang berikut. Terma dan Syarat yang dinyatakan di sini akan membentuk satu perjanjian sah antara anda dan UNITAR Capital Sdn Bhd (Nombor Pendaftaran 200801041472 (842825-T)) (“UCSB”) serta UNITAR Education Sdn Bhd (Nombor Pendaftaran 199101015800 (226112-K)) (“UESB”) (UCSB dan UESB selepas ini dirujuk secara bersama sebagai “UNITAR”, “UNITAR Education Group”, “kami” atau “milik kami”). Anda dinasihatkan untuk membaca Terma dan Syarat ini dengan teliti serta menerima Terma dan Syarat ini bersama-sama dengan syarat-syarat dan polisi lain yang berkaitan dengan pelaksanaan Kempen ini. Anda juga hendaklah memberikan persetujuan terhadap pemprosesan data peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”).
- Ringkasan Kempen
- Kempen ini dianjurkan oleh UNITAR. Sebanyak empat belas (14) buah kereta Perodua Myvi akan diberikan kepada pelajar yang layak.
- Institusi yang mengambil bahagian termasuk:
- UNITAR International University (termasuk pusat wilayah)
- UNITAR College
- UNITAR University College Kuala Lumpur (dahulunya dikenali sebagai Kuala Lumpur Metropolitan University College)
- Kelayakan Penyertaan
- Untuk layak menyertai Kempen ini, peserta mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:
- Pendaftaran: Berjaya mendaftar bagi pengambilan September 2025 dalam mana-mana program UNITAR (secara fizikal atau dalam talian) di kawasan tersenarai.
- Kemasukan Rujukan Pelajar UNITAR:
- Pelajar UNITAR sedia ada yang merujuk sekurang-kurangnya seorang (1) pelajar baharu untuk pengambilan September 2025 layak menyertai.
- Setiap rujukan yang berjaya akan memberikan satu (1) penyertaan ke cabutan bertuah kepada perujuk.
- Rujukan SGS mesti mematuhi terma dan syarat Program Rujukan SGS UNITAR.
- Keperluan Kemasukan: Peserta mesti memenuhi syarat kemasukan minimum program yang dipohon.
- Bayaran Yuran: Semua yuran yang diperlukan termasuk yuran pendaftaran, pentadbiran, dan yuran semester pertama mesti dijelaskan sepenuhnya.
- Permohonan PTPTN/EPF/HRDF/Beasiswa: Pelajar yang memohon melalui mana-mana pembiayaan ini mestilah menerima kelulusan rasmi dan disahkan oleh Jabatan Kewangan UNITAR.
- Peserta yang menarik diri sebelum menamatkan semester pertama akan dibatalkan kelayakan penyertaan.
- Kewarganegaraan: Terbuka hanya kepada warganegara Malaysia.
- Pengecualian Kakitangan UNITAR: Semua kakitangan UNITAR dan ahli keluarga terdekat mereka tidak layak menyertai Kempen ini.
- Untuk layak menyertai Kempen ini, peserta mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:
- Tempoh Kempen
- Kempen akan berlangsung dari 4 Ogos 2025 hingga 31 Oktober 2025.
- UNITAR berhak untuk mengubah, melanjutkan atau memendekkan tempoh kempen tanpa notis terlebih dahulu. Sebarang perubahan akan dikemaskini di laman web rasmi UNITAR.
- Pemilihan dan Pemberitahuan Pemenang
- Proses Pemilihan: Pemenang akan dipilih secara rawak daripada senarai peserta yang layak. Pendaftaran tidak menjamin kemenangan. Hanya satu pemenang dibenarkan bagi setiap rekod pelajar.
- Proses Pemberitahuan: Pemenang akan dimaklumkan melalui panggilan telefon dan/atau WhatsApp. Jika tiada maklum balas dalam tempoh dua (2) hari bekerja, UNITAR berhak memilih pemenang gantian.
- Pemenang perlu hadir ke kampus UNITAR berdaftar untuk mengambil hadiah pada tarikh dan masa yang ditetapkan.
- UNITAR berhak mengubah proses penyerahan kenderaan tanpa notis awal.
- Butiran Hadiah
- Setiap pemenang akan menerima satu (1) Perodua Myvi termasuk nombor plat, insurans dan cukai jalan selama 1 tahun.
- Warna kereta boleh dipilih daripada senarai yang ditetapkan oleh UNITAR.
- Hadiah tidak boleh dipindah milik, ditukar atau ditebus dengan wang tunai. Sebarang permintaan pengubahsuaian tidak akan dilayan.
- Pemenang mesti bersedia untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah dan program publisiti. Jika gagal hadir tanpa alasan yang munasabah, hadiah akan dibatalkan dan pemenang gantian akan dipilih.
- Publisiti
- Dengan menerima hadiah, pemenang bersetuju memberikan kebenaran kepada UNITAR untuk menggunakan nama, imej dan gambar mereka untuk tujuan promosi tanpa sebarang bayaran tambahan.
- Pengecualian Liabiliti
- Peserta bersetuju melepaskan UNITAR daripada sebarang tanggungjawab atau kerugian yang berpunca daripada penyertaan atau penggunaan hadiah.
- UNITAR tidak bertanggungjawab terhadap gangguan teknikal, kegagalan rangkaian atau campur tangan tidak sah yang boleh menjejaskan kempen.
- UNITAR tidak bertanggungjawab terhadap kelewatan atau gangguan akibat bencana alam, tindakan kerajaan atau perkara di luar kawalan UNITAR.
- Penamatan & Pembatalan Penyertaan
- UNITAR berhak untuk membatalkan kelayakan peserta sekiranya:
- Pendaftaran atau bayaran tidak lengkap, tidak tepat atau palsu;
- Peserta tidak memenuhi syarat kelayakan atau melanggar terma;
- Tingkah laku tidak wajar atau berbahaya kepada integriti kempen;
- Pemenang tidak layak menjadi pemilik sah kenderaan di sisi undang-undang Malaysia.
- UNITAR berhak untuk membatalkan kelayakan peserta sekiranya:
- Pengubahsuaian & Penamatan Kempen
- UNITAR berhak untuk membatalkan, menamatkan, mengubah atau menangguhkan kempen sekiranya berlaku isu teknikal atau keadaan di luar kawalan UNITAR.
- Terma Am
- Kempen ini tertakluk kepada undang-undang dan peraturan Malaysia.
- UNITAR boleh meminda terma dan syarat pada bila-bila masa tanpa notis.
- Dengan menyertai kempen, peserta bersetuju untuk menerima bahan promosi dari UNITAR (boleh berhenti langgan pada bila-bila masa).
- Keputusan UNITAR adalah muktamad dan tidak boleh dicabar.
- Kegagalan UNITAR menguatkuasakan mana-mana terma tidak akan menjejaskan haknya.
Maklumat Perhubungan
- Telefon: +60 10-663 5168 (WhatsApp SAHAJA)
- Emel: ym.ratinuobfsctd-2101dd@seiriuqne
- Alamat: Tierra Crest, Jalan SS6/3, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.