Table of Contents
“Ramai pelajar nak kerja cepat selepas belajar — tapi susah cari peluang.”
Ini bukan sekadar cakap-cakap. Ramai lepasan SPM, diploma atau ijazah risau tentang masa depan kerana pasaran kerja semakin mencabar. Apa yang dipelajari kadangkala tak sama dengan apa yang majikan cari.
Di UNITAR, kami memahami kerisauan ini. Sebab itu program kami bukan sekadar teori, tetapi direka bersama industri untuk pastikan pelajar benar-benar bersedia untuk kerja sebenar.
Dibina Bersama Industri, Bukan Di Atas Kertas Semata-mata
UNITAR bekerja rapat dengan rakan industri—daripada GLC seperti Petronas dan Telekom Malaysia (TM), hingga syarikat multinasional seperti Nestlé dan Shell. Program kami dibangunkan bersama mereka supaya pelajar:
Belajar kemahiran yang majikan perlukan sekarang, bukan 10 tahun lalu.
Didedahkan kepada realiti tempat kerja, bukan hanya hafal nota.
Bersedia untuk masuk ke industri dengan yakin dan relevan.
Kerjasama ini memastikan silibus kami sentiasa segar dan selari dengan perubahan dunia kerja.
Belajar, Buat, Dan Terus Rasa Dunia Sebenar
Belajar di UNITAR bukan hanya dalam kelas. Sejak awal semester, pelajar terlibat dalam projek praktikal, simulasi kes sebenar, dan tugasan dunia sebenar.
Paling menarik, semua pelajar diwajibkan menjalani internship bersama syarikat rakan industri. Internship ini bukan semata-mata syarat lulus—ia adalah peluang untuk:
Dapat pengalaman awal dalam dunia kerja.
Bangunkan kemahiran insaniah seperti komunikasi dan kerja berpasukan.
Dapatkan networking yang boleh bantu masa depan kerjaya.
Ramai pelajar UNITAR ditawarkan kerja tetap di tempat internship mereka—kerana mereka sudah buktikan kemampuan semasa latihan!
Tinggi Kadar Kebolehpasaran Graduan
UNITAR tidak sekadar janji kosong. Kami diiktiraf sebagai Employer’s Top Choice 2024 oleh Talentbank, dengan kadar 98% graduan bekerja dalam tempoh 6 bulan selepas tamat belajar.
Apa yang membantu mereka?
Pusat Kerjaya UNITAR yang menyediakan bengkel resume, temuduga tiruan dan kaunseling kerjaya.
Hari kerjaya dan peluang rangkaian bersama syarikat terkemuka.
Bimbingan satu-ke-satu supaya anda tahu cara “jual diri” kepada majikan dengan cara yang profesional dan yakin.
Dari Pelajar Biasa ke Pekerja Luar Biasa
Banyak kisah pelajar UNITAR yang bermula dengan rasa ragu-ragu, tetapi akhirnya berjaya di syarikat besar.
Contohnya, Aizad yang pernah gagal UPU tapi kini bekerja sebagai jurutera projek di sebuah GLC selepas tamat internship. Atau Nadia, graduan Diploma Perniagaan yang ditawarkan kerja di Nestlé sebelum sempat konvo. Mereka bermula biasa, tapi laluan mereka luar biasa.
Masa Depan Bermula Sekarang
Di UNITAR, anda bukan hanya pelajar. Anda dibimbing menjadi individu yang yakin, mahir, dan bersedia dari hari pertama masuk kerja.
Bersedia untuk kerja sebenar dari hari pertama?
Isi borang dibawah untuk dapatkan masa depan yang lebih cerah!