i. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/SPMV) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU
ii. Lulus Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) sekurang-kurangnya Gred B dalam lima (5) subjek; ATAU
iii. Lulus peringkat O-Level sekurang-kurangnya dengan Gred C dalam 3 subjek; ATAU
iv. Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 Pendidikan Awal Kanak-Kanak / Prasekolah; dan lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) mata pelajaran; ATAU
v. Lulus Sijil Kolej Komuniti (Tahap 3, MQF) dalam bidang berkaitan; dan lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) mata pelajaran; ATAU
vi. Lulus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tahap 3, MQF) dalam bidang berkaitan dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00; ATAU
vii. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf dengan minimum Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana subjek; ATAU
viii. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sekurang-kurangnya Gred Maqbul; ATAU
ix. Mana-mana kelayakan lain yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;
x. Untuk pelajar antarabangsa, mereka perlu memperoleh skor 5.5 IELTS atau yang setaraf dengannya.