program micro credenial bm

Program Micro-Credential

Dapatkan peluang untuk menjadi pakar dalam sesuatu bidang melalui program ‘micro-credential’ kami.

Apakah Micro-Credential?

Micro-Credential direka untuk sesuatu perjalanan pembelajaran tertentu. Ianya melibatkan pembelajaran sesuatu program mengikut kadar upaya masing-masing dan diadakan terutamanya dalam persekitaran atas talian.

Dalam kebanyakan kes, pelajar mengejar kelayakan mikro atau Micro-Credential ini kerana ianya menawarkan fleksibiliti untuk anda belajar mengikut kadar upaya anda sendiri yang membolehkan anda menyelesaikan program mengikut jangka masa anda sendiri.

Mengapa Micro-Credential?

LEBIH PENDEK (jangka masa)

Kursus micro-credential adalah lebih pendek daripada kursus universiti biasa. Ianya boleh menjadi sebahagian kecil dari program yang diakreditasi atau pun kursus yang inividu.

PRAKTIKAL

Calon-calon diminta untuk menunjukkan perkembangan pengetahuan, kemahiran, dan kecekapan mereka di persada sasaran yang tertentu. Dengan berbuat demikian, calon akan dapat membuktikan pengembangan yang jelas atau artifak pembelajaran “dalam tindakan”.

DIKENALI

Setelah berjaya menamatkan mana-mana kursus micro-credential, calon akan diberikan pensijilan digital. Ini berupa lencana digital atau sijil.

SUSUN MENINGKAT

micro-credential dapat disusun ke arah unit kecekapan yang lebih besar dan dikembangkan melalui pelbagai saluran. Ini bermaksud bahawa calon boleh menyelesaikan pelbagai kursus micro-credential yang ditawarkan oleh satu atau banyak institusi berdasarkan keperluan masing-masing, dan mengikut kadar mereka sendiri, kemudian menggunakannya untuk memohon kredit untuk mendapatkan kelayakan yang diakreditasi.

FLEKSIBEL

Satu perkara menarik:
Di samping kredensial-mikro, kemahiran dan pengalaman kerja atau kehidupan seseorang calon di masa lampau boleh juga dianggap sebagai satu kredit untuk program yang diakreditasi. Ini bermaksud bahawa penggunaan pengiktirafan pembelajaran formal dan tidak formal, seperti pengalaman kerja anda atau menyelesaikan Kursus Dalam Talian Terbuka Besar (MOOC) boleh dikira pakai untuk mendapatkan kelayakan.

Pilih Program Anda

  • Filter by
  • Bidang Kursus

  • Tahap Pengajian

  • Kampus

Refresh_font_awesome

Download Brochure

Hidden
This field is for validation purposes and should be left unchanged.