i. Ijazah Sarjana (Tahap 7 MQF) dalam perniagaan atau bidang berkaitan seperti yang diterima oleh Senat HEP; ATAU
ii. Ijazah Sarjana (Tahap 7 MQF) dalam bidang yang tidak berkaitan seperti yang diterima oleh Senat HEP; tertakluk kepada pengalaman kerja yang berkaitan***** dan penilaian dalaman yang ketat ****; ATAU
iii. Ijazah Sarjana (Tahap 7 MQF) dalam bidang yang tidak berkaitan seperti yang diterima oleh Senat HEP dan tanpa pengalaman kerja yang berkaitan, tertakluk kepada lulus kursus pra-syarat ******; ATAU
iv. Kelayakan lain yang setaraf dengan ijazah Sarjana (Tahap 7, MQF) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
v. Bagi pelajar antarabangsa, capai minimum Band 4 dalam MUET ATAU setara dengan CEFR (Mid B2)**.
** Rujuk Surat JPT GS 1000-630 Jld.2 (17) 21 Julai 2022 – Syarat Kompetensi Bahasa Inggeris Kepada Pelajar Antarabangsa untuk penilaian dan markah bahasa Inggeris yang setara.
**** Penilaian yang rapi untuk menilai kesesuaian pemohon untuk program melalui pernyataan tujuan, temu duga dan kaedah lain mungkin meliputi kriteria berikut:
i. Menunjukkan pengalaman perniagaan yang kukuh, dan bahawa anda telah memegang tanggungjawab pengurusan yang penting.
ii. Bukti apa-apa pencapaian dalam kehidupan profesional anda, contohnya, prestasi yang konsisten pada tahap yang tinggi, kemajuan kerjaya yang konsisten dan apa-apa impak yang anda ada pada organisasi anda.
iii. Kemahiran profesional yang telah anda kembangkan, contohnya, kerja berpasukan, kepimpinan, penyelesaian masalah, kemahiran berunding dan analisis.
iv. Bagaimana anda akan menyumbang kepada kelas anda dan pengalaman yang boleh anda bawa kepada institusi. (Universiti Lancaster, 2021)
***** Pengalaman boleh menjadi pengalaman kumulatif walaupun sebelum memperoleh kelayakan yang diperlukan untuk peringkat pengajian tertentu. Walau bagaimanapun, pengalaman mestilah relevan dengan tahap pengajian dan juga kandungan.
****** Kursus pra-syarat mesti melengkapkan pelajar dengan pengetahuan perniagaan yang diperlukan (mengurus orang, mengurus sumber kewangan, memahami pelanggan, memahami persekitaran dan perancangan strategik) satu tahap yang lebih rendah daripada tahap program.