- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya TIGA (3) kredit dalam mana-mana mata pelajaran atau kelayakan yang setaraf dengannya; ATAU
- Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan sekurang-kurangnya Gred C (GP 2.0) dalam mana-mana mata pelajaran atau kelayakan yang setaraf dengannya; ATAU
- Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang-kurangnya Gred Maqbul; ATAU
- Memiliki Sijil (Tahap 3, Kerangka Kelayakan Malaysia — MQF) dalam mana-mana kelayakan dengan PNGK sekurang-kurangnya 2.00; ATAU
- Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Tahap 3, MQF dalam bidang Penjagaan Awal Kanak-kanak/Prasekolah.
(Nota: PPT hendaklah menjalankan saringan khusus dan memberikan panduan berkaitan bidang program kepada pelajar.); ATAU - Kelayakan lain yang berkaitan dan setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia sebagai setara dengan syarat di atas.
Keperluan Bahasa Inggeris (Pelajar Antarabangsa)
Memperoleh gred dalam Malaysian University English Test (MUET) atau mana-mana ujian kompetensi Bahasa Inggeris yang setara dengan tahap B1 Rendah dalam Kerangka Rujukan Bersama Eropah untuk Bahasa (CEFR).