Program-Program Pengajian di Universiti Antarabangsa UNITAR

Program-Program Kolej

Apakah yang membuatkan UNITAR dan kursus kolej popular di Malaysia? Berikut merupakan beberapa sebab :

Kaedah Pendidikan C.A.R.E UNITAR

Kami berhasrat untuk menyediakan perjalanan pembelajaran untuk pelajar memperoleh set kemahiran yang berkaitan. Melalui C.A.R.E., iaitu metodologi pendidikan “Kolaboratif”, “Adaptif”, “Reflektif” dan “Keusahawanan”, UNITAR memupuk pelajarnya membangunkan kesedaran diri mengenai bakat dan kebolehan mereka serta menyemai dalam diri mereka keperluan untuk tanggungjawab sosial sambil melengkapkan dan menggalakkan mereka menyumbang kepada pembangunan negara.

Program Kolej untuk Lepasan SPM & Dewasa Bekerja

Kursus universiti kami ditawarkan di 11 lokasi di seluruh Malaysia, termasuk kampus induk di Kelana Jaya. Ia mempunyai jumlah pendaftaran lebih 3,000 pelajar yang tersebar dalam 40 program tempatan yang terdiri daripada peringkat Sijil dan Diploma.


Untuk memenuhi keperluan semasa pelbagai industri, UNITAR juga menyediakan lebih 50 program pensijilan profesional. Dengan APEL, profesional yang bekerja boleh meneruskan perjalanan pendidikan mereka dengan pilihan untuk mengurangkan tempoh program mereka melalui kursus pengajian konvensional dan kursus dalam talian.

Perkongsian & Kerjasama Pendidikan

Sebagai universiti pembelajaran dalam talian yang terkemuka di Malaysia, kami mempunyai perkongsian dan kerjasama yang menarik dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berprofil tinggi dan syarikat multinasional (MNC) di dalam dan luar negara. Melalui perkongsian dan kerjasama ini, ia membolehkan kami meningkatkan lagi pengalaman pendidikan untuk pelajar kami melalui latihan, penyelidikan dan perundingan.

UNITAR juga mempunyai pengalaman yang luas dalam melatih agensi kerajaan Malaysia dan pemain industri sektor swasta. Kami membantu usaha mereka meningkatkan kemahiran dan melatih semula pekerja mereka untuk memenuhi permintaan semasa di tempat kerja.
Percepatkan masa depan anda di Universiti Antarabangsa UNITAR dengan belajar salah satu program dan kursus akademik kami di bawah.

Pilih Program Anda

  • Filter by
  • Bidang Kursus

  • Tahap Pengajian

  • Kampus

Download Brochure

"*" indicates required fields

Hidden
This field is for validation purposes and should be left unchanged.