i. Lulus STPM dengan sekurang-kurangnya Gred C (GP 2.0) dalam mana-mana DUA mata pelajaran*; ATAU
ii. Lulus STAM dengan sekurang-kurangnya Gred Jayyid*; ATAU
iii. Matrikulasi atau Asasi dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00; ATAU
iv. Diploma (Tahap 4, MQF) dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00; ATAU
v. Diploma Lanjutan (Tahap 5, MQF) dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00; ATAU
vi. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) / Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tertakluk kepada kelulusan Senat HEP / Lembaga Akademik***; ATAU
vii. Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) tertakluk kepada kelulusan HEP Senat / Lembaga Akademik***;
viii. Nota untuk (vi) & (vii): PPT hendaklah menjalankan saringan dan menyediakan panduan yang diperlukan khusus kepada disiplin program. ATAU
ix. Kelayakan lain yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
x. Untuk pelajar antarabangsa, Capai Band 3 minimum dalam MUET ATAU setara dengan CEFR (B2 Rendah)**.
* Syarat tambahan: Kelulusan Matematik dan Bahasa Inggeris pada peringkat SPM atau kelayakan yang setaraf dengannya.
(Keperluan mata pelajaran Bahasa Inggeris tidak terpakai kepada pelajar antarabangsa kerana mereka dikehendaki memenuhi markah tertentu peperiksaan Bahasa Inggeris antarabangsa dan diberi keistimewaan dengan pengecualian tertentu)
a. Boleh diketepikan sekiranya mana-mana kelayakan lain yang lebih tinggi mengandungi mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris dengan pencapaian yang setara/lebih tinggi.
b. Pelajar Malaysia yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam pengajian terdahulu mereka atau dengan sekurang-kurangnya Band 2 dalam MUET atau setaraf boleh dikecualikan daripada lulus dalam keperluan Bahasa Inggeris.
c. Mereka yang tidak lulus dalam mata pelajaran Matematik dan/atau Bahasa Inggeris pada peringkat SPM atau setaraf boleh diterima masuk tetapi dikehendaki menghadiri kursus peningkatan khas. Kursus-kursus peningkatan khas ini hendaklah setaraf SPM, bersifat pemulihan. Pelajar mesti lulus kursus peningkatan Matematik dan Bahasa Inggeris sebagai prasyarat kepada kursus teras berkaitan yang diajar dalam bahasa Inggeris.
** Rujuk Surat JPT GS 1000-630 Jld.2 (17) 21 Julai 2022 – Syarat Kompetensi Bahasa Inggeris Kepada Pelajar Antarabangsa untuk
penilaian dan markah bahasa Inggeris yang setara.
*** Untuk Universiti Awam: Rujuk Surat JPT.S(BPKP)2000/400/04/01 Jld.5 (53), 20hb November, 2019
Pindaan syarat kelayakan minimum (Syarat am) Diploma TVET (DKM, DLKM, DVM) sebagai syarat kelayakan masuk ke program Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA).
Bagi Institusi Pengajian Tinggi Swasta: Rujuk Surat JPT/GS 1000-606 Jld. 2(23), 21hb April, 2020 – Kemasukan Pelajar Lulusan
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) ke Peringkat Sarjana Muda (Tahap 6 MQF) atau yang setara dengannya di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta.