UPSI-UNITAR Ijazah Dual: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian)

Ijazah Sarjana Muda
3 Tahun
Petaling Jaya (Main)
100% PTPTN Disediakan
From
RM 1,250.00per
month
RM 45,000.00 total fee
Price listed above is applicable to local students only

Mengapa Kursus Ini?

Program Ijazah Dual UPSI-UNITAR Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) (TESL – Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) membolehlan pelajar untuk memperoleh dua anugerah – sebagai contoh; dua ijazah berasingan daripada Universiti Antarabangsa UNITAR (UNITAR) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di bawah satu program.

Program ijazah dual ini membolehkan pelajar untuk meluaskan teknik pengajaran dan pengalaman pembelajaran di samping prospek kerjaya. Nikmati pengajian anda dalam persekitaran pembelajaran inovatif di universiti swasta yang menerima penarafan QS 5-Bintang dan universiti awam terkemuka yang menerima pengiktirafan Maktab Latihan Guru sejak 1922.

UNITAR juga menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di mana anda mempunyai pilihan untuk memilih daripada 4 spesialisasi yang tersedia: Bahasa Melayu, TESL, Matematik, dan Keperluan Khas.

MOHE/MQA:
(MQA/FA 10538)(R2/142/6/0014)(01/29)(MQA/FA 1704)

Mohon Sekarang

Kaunselor pelajar kami sedia membantu anda!

Lengkapkan borang di bawah;
tidak sampai satu minit.

"*" indicates required fields

Hidden
Hidden
Tertakluk kepada terma & syarat
This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Maklumat Kursus

Kemasukan Am

 

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan minima Gred C dalam Bahasa Malaysia dan lulus Sejarah

DAN

Minima Kredit 6C dalam SPM bagi Matematik / Gred E bagi Matematik Tambahan

DAN

Kelayakan Akademik: Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau setaraf dengannya dengan minima PNGK 2.75 (mana-mana dua mata pelajaran) dan Gred C dalam Pengajian Am

ATAU

Lulus Matrikulasi / Asasi dengan minima PNGK 2.75

ATAU

Diploma atau kelayakan lain yang setaraf dengannya dengan minima PNGK 2.75 yang dianggap sebagai kedudukan yang setara daripada Kerajaan Malaysia dan disahkan oleh Senat UNITAR/UPSI

ATAU

Untuk pemohon yang belum mencapai kelayakan akademik iaitu PNGK 2.75 dalam STPM atau Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau setaraf dengannya dengan minima PNGK 2.75 (mana-mana dua mata pelajaran), mereka dibenarkan untuk mengambil satu semester pra-program (semester sifar) dalam bentuk program peralihan, di mana mereka akan menjalani kursus-kursus untuk membolehkan mereka mengembangkan dan meningkatkan kemahiran, kecekapan dan penguasaan terhadap mencapai piawai yang setaraf dengan PNGK 2.75 setelah tamat pengajian.

Tiga kursus akan ditawarkan dalam program peralihan ini: Kemahiran Membaca dan Menulis, Bahasa Inggeris untuk Komunikasi, Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Calon dikehendaki mencapai minima PNGK 2.75 selepas tamat ketiga-tiga kursus ini. Setiap kursus membawa nilai tiga jam kredit.

Syarat Khas untuk Ijazah Dual Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian)

 

Memenuhi syarat universiti

DAN

Minima 4B dalam Sijil Am Pelajaran (GCE) Tahap ‘O’ 1119 Bahasa Inggeris

ATAU

Minima Gred A- dalam SPM bagi Bahasa Inggeris

DAN

Tahap 4 dalam Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) (Nota: Pemohon dengan markah lebih rendah daripada MUET Tahap 4 akan dibenarkan untuk mendaftar ke program MUET intensif yang dikendalikan oleh UNITAR. Setelah mereka mencapai Tahap 4 dalam MUET, mereka kemudiannya boleh mendaftar ke ijazah dual Sarjana Muda Pendidikan  – program TESL).

ATAU

Bahasa Inggeris Tahap B2 dalam Rangka Kerja Bersama Eropah Rujukan Bahasa (CEFR)

DAN

Minima Kredit 6C / Gred E dalam SPM bagi Matematik / Matematik Tambahan

DAN

Tahap pencapaian minima seperti yang ditentukan oleh Senat (UNITAR/UPSI) untuk Inventori Pemilihan Pendidik Malaysia (MedSI)

DAN

Lulus dalam peperiksaan khas dan temu duga

DAN

Calon yang berhasrat untuk memohon hendaklah sihat dari segi fizikal, tidak mengalami sebarang penyakit mental atau fizikal serta boleh mengikuti program pengajian

Modul Teras Program

• Psychology of Learning
• Introduction to Assessment in Education
• Learning Design
• Teacher-Parent Communication
• Foundations of Education
• Interpersonal and Communication Skills for Social Sciences
• Sociology in Education
• Management and Leadership in Education
• Curriculum Development
• Pedagogy in Education
• Counselling in Education
• Educational Technology
• Differentiated Instruction
• Introduction to Learning Disabilities
• Classroom and Behavioural Management
• Project Paper in Education
• Teaching Practicum

Modul Elektif Terbuka

• Elective 1
• Elective 2
• Elective 3
• Elective 4

Modul Teras Universiti

• English for Academic Purposes
• Research Methods
• Statistics in Social Sciences

Jurusan (TESL)

• English Grammar
• English Language Analysis
• Introduction to Reflective Practice
• Second Language Acquisition
• English Language Teaching Methodology
• Digital Language Teaching and Learning
• Classroom Discourse
• Language Assessment in Schools
• Analysing Language Classroom Practice
• Reflective Practice in ESL Classroom
• Materials Development for the Language Classroom
• Sociolinguistics for ESL Context

Modul MPU

• Falsafah dan Isu Semasa / Bahasa Komunikasi (Int)
• Penghayatan Etika dan Peradaban / Bahasa Melayu Komunikasi 2 (Int)
• Design Thinking / Bahasa Kebangsaan A
• Entrepreneurship
• Recreational Event Planning

  • Guru Awam / Antarabangsa / Swasta
  • Pengajar Bahasa Inggeris
  • Usahawan Pendidikan (Penulis Buku, Mengendali dan Menguruskan Pusat)
  • Pembekal Perkhidmatan Bahasa Inggeris

Pedagogi Pengajaran
Membangunkan kemahiran dalam kaedah pengajaran dan mengurus pendekatan pembelajaran yang berbeza terutamanya dalam bidang Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua.

Penyampaian, Komunikasi dan Bahasa
Membangunkan komunikasi interpersonal yang berkesan dan kemahiran persuasif.

Perancangan Pendidikan
Termasuk pembelajaran berasaskan hasil melalui reka bentuk dan pembangunan kurikulum.

Pemikiran Kritis
Kemahiran menyelesaikan masalah untuk penyelidikan, penulisan dan penyediaan pembentangan yang berkesan.

Pengurusan dan Kepimpinan
Meningkatkan keberkesanan Pendidik dalam peranan bimbingan dan penyelesaian isu.

Download Brochure

"*" indicates required fields

Hidden
Terms and conditions apply.
This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Download Brochure

"*" indicates required fields

Hidden
Terms and conditions apply.
This field is for validation purposes and should be left unchanged.