LALUAN PANTAS UNTUK PENGAJIAN TINGGI ANDA MELALUI APEL

APEL di UNITAR

UNITAR adalah sebuah Pusat Penilaian Akreditasi APEL

Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) memberi peluang kepada individu yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan akademik formal untuk melanjutkan pengajian di Kolej atau Universiti. Melalui APEL, kini pengalaman kerja dan pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu anda akan diiktiraf!

APEL (A)
Anda boleh mendaftar ke program Diploma, Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana tanpa kelayakan akademik standard dengan syarat lulus penilaian APEL yang dianjurkan oleh UNITAR untuk mengenalpasti tahap kompetensi dan keupayaan anda.

APEL (C)
Anda boleh menggunakan pengalaman terdahulu anda sebagai kayu pengukur kepada hasil pembelajaran kursus tertentu, dan jika berkelayakan, anda akan diberikan penganugerahan kredit untuk program tertentu.

Mengapa APEL?

  • Pengecualian kredit untuk program berkaitan
  • Memendekkan tempoh pengajian
  • Menjimatkan kos
  • Pertimbangan ke atas kekurangan kelayakan akademik terdahulu

Syarat Kemasukan

Syarat Kemasukan APEL
  • Syarat Umur Minimum*
  1. Bagi Program Sijil, berumur 19 tahun & ke atas
  2. Bagi Program Diploma, berumur 20 tahun & ke atas
  3. Bagi Program Ijazah Sarjana Muda, berumur 21 tahun & ke atas
  4. Bagi Program Ijazah Sarjana, berumur 30 tahun & ke atas

*Tertakluk kepada Terma dan Syarat.

Pengambilan sedang dijalankan

Hidden
Hidden
Terms and conditions apply.
This field is for validation purposes and should be left unchanged.