Kampus
UNITAR, universiti maya pertama di Asia Tenggara, mempunyai kehadiran kukuh dikalangan kampus yang tersebar di seluruh negara. Kami didorong oleh UNIEC (atau UNITAR Education Core (Teras Pendidikan UNITAR) yang terdiri daripada 3 komponen pembelajaran campuran; bersemuka, pembelajaran dalam talian dan persekitaran pembelajaran yang kondusif.
Tinjau kampus kami sekarang.
Kampus Induk UNITAR pertama kalinya telah ditubuhkan pada tahun 1997 dan ianya telah kekal sebagai salah satu kampus terbesar di negara ini.
Kampus Induk UNITAR International University, Petaling Jaya
Tierra Crest, Jalan SS6/3,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
UNITAR Centre Alor Setar
558, Jalan Langgar,
05460 Alor Setar,
Kedah Darul Aman
UNITAR Centre Ipoh
TAJ International College
100-102, Jalan Tun Abdul Razak
30100 Ipoh, PERAK
UNITAR International University Regional Centre Johor Bahru
Aras 4, Bangunan Perisind,
No. 8, Jalan Bukit Timbalan,
80000 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim
UNITAR International University Regional Centre Kota Bharu
PT 300 & 301, Seksyen 27,
Jalan Kebun Sultan,
15300 Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim
UNITAR International University- Sabah Sales office
Lot 129, Block S, Alamesra Plaza Utama (Phase 3),
Sulaman Coastal Highway,
88400, Kota Kinabalu,
Sabah
UNITAR Centre Kuala Lumpur
C-0-5, Block C Megan Avenue II,
Jalan Yap Kwan Seng, Kampung Baru,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia.
UNITAR Centre Kuala Terengganu
Lot 129, Block S, Alamesra Plaza Utama (Phase 3),
Sulaman Coastal Highway,
88400, Kota Kinabalu,
Sabah
UNITAR Centre Kuantan
No.74/4, Jalan Teluk Sisek
25000 Kuantan
Pahang Darul Makmur
UNITAR Centre Kuching
Pusat Wilayah Unitar International
University Kolej Cosmopoint Kuching
Lot 3127,3128, 3129 &3130, PI 1106,
Blok 10, Kuching Central Land District,
93250 Kuching
UNITAR Centre Malacca
No.112, 114, & 116
Jalan Kubu
75200 Malacca
UNITAR Centre Seremban
GF-2nd Floor, No. 23
Jalan Tunku Hassan
75000 Seremban
Negeri Sembilan
Kemudahan
Perpustakaan
UNITAR mempunyai Pusat Pengurusan Pengetahuan yang luas yang terdiri daripada bahan bacaan dalam format cetak dan elektronik. Kami mempunyai lebih daripada 31,000 buku cetak yang di katalog dengan baik, untuk akses mudah. KMC melanggan pangkalan data pelbagai disiplin yang terdiri daripada jurnal elektronik, e-buku, laporan, tesis dalam talian dan pemeriksa plagiarisme seperti berikut:
- Emerald Publishing
- Ebscohost
- Proquest Theses & Dissertations
- Proquest E-Book Central
- Lexis Nexis (Malaysian Law Database)
- IEEE Xplore
- Turnitin (Plagiarism Checker)
Tempat duduk yang selesa dan zon multimedia disediakan untuk memudahkan kajian dan perbincangan kumpulan.
Waktu Operasi:
Semasa Semester | Minggu Peperiksaan | Cuti Semester |
---|---|---|
Isnin-Jumaat: 9.00pg – 8.00mlm Sabtu & Ahad : 9.00pg – 5.30ptg Cuti Umum : Tutup | Isnin – Jumaat : 9.00pg – 8.00mlm Sabtu & Ahad : Tutup Cuti Umum : Tutup | Isnin – Jumaat : 9.00pg – 5.30ptg Sabtu & Ahad : Tutup Cuti Umum : Tutup One Stop Centre |
One Stop Centre
One Stop Centre UNITAR adalah konsep satu pusat yang membolehkan para pelajar mengurus hal-hal berkaitan dengan
bantuan kewangan, yuran dan bil, pembayaran, pengeluaran, pendaftaran dan kemasukan dalam satu lawatan tanpa perlu
dirujuk di tempat lain. Ini memudahkan pelajar. Terletak di Aras 3.
Auditorium
Auditorium UNITAR mempunyai kapasiti maksimum antara 300 - 350 pelajar dengan selesa. Pelajar yang ingin menganjurkan
acara, persembahan teater atau apa-apa aktiviti lain yang memerlukan ruang ini boleh membuat tempahan terlebih dahulu di
pmd@unitar.my.
Ruang Rehat Pelajar
Ruang luas yang dilengkapi WiFi ini merupakan lokasi kegemaran pelajar untuk bersantai sementara menanti kuliah atau ruang untuk perjumpaan.
Surau
Pengunjung boleh menggunakan Surau awam (ruang solat orang Islam) di Aras 3 untuk menunaikan solat. Bagi kakitangan dan pelajar UNITAR, Surau persendirian terletak di Aras 10.
Kafe
Sebuah Kafe yang mesra pengguna dan menarik di mana rakan-rakan boleh berkumpul dan menikmati berbagai juadah
di Aras 2.
Makmal Bahasa
Makmal bahasa kami dilengkapi kemudahan dan teknologi canggih untuk membantu pelajar memperbaiki kemahiran
bahasa, khususnya Bahasa Inggeris. Semua pelajar digalak menggunakan makmal ini untuk pengalaman tersendiri.
Makmal Komputer
Makmal komputer kami dilengkapi dengan sistem komputer terkini untuk memudahkan objektif Pengajaran dan
Pembelajaran Abad ke-21. Dengan rangkaian tanpa wayar, pelajar kami dapat meneruskan pengajian mereka di
kampus di dalam dan di luar dinding bilik darjah, dengan mudah.
Kemudahan Seni Kulinari, Hospitaliti dan Pelancongan
Untuk memudahkan pengalaman dalam industri perhotelan, UNITAR mempunyai tiga ruang dapur – penyediaan, pastri dan
kulinari. Bersama-sama dengan suite pengemasan, restoran latihan dan kafeteria pula, para pelajar mempunyai sokongan dari
persekitaran di mana mereka dapat mengasah kemahiran masakan dan latihan praktikal untuk kursus ini.
Makmal Pendidikan Awal Kanak-Kanak
UNITAR menyediakan Pusat Pembelajaran Pendidikan Awal Kanak-Kanak, iaitu satu pusat yang ideal untuk membantu
perkembangan pesat kemahiran pelajar dalam kursus pendidikan awal kanak-kanak.
Penginapan Pelajar
Residensi UNITAR
UNITAR menawarkan dua (2) lokasi kediaman pelajar, iaitu di asrama Parklane dan asrama The Grand. Tempat penginapan dengan harga berpatutan ini terletak dalam jarak munasabah dari kampus Induk. Pasukan kami di Jabatan Pentadbiran Pengurusan Residensi yang mempunyai pengalaman yang luas bersedia membantu pelajar dari luar negara mahupun dalam negeri atau dari pelbagai budaya dalam memahami dan mengasimilasikan diri dalam kehidupan seharian pelajar.
Pilihan Penginapan:
1. Bilik Biasa di Kelana Puteri & Kelana Putera (Tanpa Hawa Dingin)
No. | Maklumat | Penerangan |
---|---|---|
1. | Jenis Penginapan | 3 Orang sebilik | 2 Orang Sebilik | Seorang 1 bilik |
2. | Sewa bulanan (setiap pelajar) | RM 300 – RM350 Seorang |
3. | Terma dan Syarat |
Sewa adalah termasuk elektrik, air dan akses internet. Sebarang lebihan amaun akan dibilkan kepada setiap penyewa di unit pangsapuri. |
4. | Kemudahan |
Unit Asas : Kipas Siling, Katil dan tilam, Almari Pakaian, Kerusi, Meja Belajar Kemudahan : Kolam Renang, Gym, Taman Permainan |
2. Bilik Biasa di Kelana Puteri & Kelana Putera (Berhawa Dingin)
No. | Maklumat | Penerangan |
---|---|---|
1. | Jenis Penginapan | 3 Orang sebilik | 2 Orang Sebilik | Seorang 1 bilik |
2. | Sewa bulanan (setiap pelajar) | RM340 – RM380 Seorang |
3. | Terma dan Syarat |
Sewa adalah termasuk elektrik, air dan akses internet. Sebarang lebihan amaun akan dibilkan kepada setiap penyewa di unit pangsapuri. |
4. | Facilities |
Unit Asas : Kipas Siling, Katil dan tilam, Penghawa Dingin, Almari Pakaian, Kerusi, Meja Belajar Kemudahan: Kolam Renang, Gim, Taman Permainan |
3. Pacific Place @ Ara Damansara (Tidak berhawa dingin)
No. | Maklumat | Penerangan |
---|---|---|
1. | Jenis Penginapan | 4 Orang sebilik dengan Bilik Mandi | 4 orang sebilik | 2 orang sebilik |
2. | Sewa bulanan (setiap pelajar) | RM250.00 – RM300 Seorang |
3. | Terma dan Syarat |
Sewa adalah termasuk elektrik, air dan akses internet Bagi unit tidak berhawa dingin, bil utiliti (air elektrik) dihadkan pada RM300 sebulan. Sebarang lebihan amaun akan dibilkan kepada setiap penyewa di unit pangsapuri. |
4. | Kemudahan |
Unit asas : Katil & Tilam, Almari pakaian, Kipas dinding/siling, Kerusi, Meja Belajar, Pemanas Air Kemudahan : Kolam Renang, Dewan Serbaguna, Gym, Taman Permainan, Taman Atas Bumbung, Surau |
4. Pacific Place @ Ara Damansara (Berhawa dingin)
No. | Maklumat | Penerangan |
---|---|---|
1. | Jenis Penginapan | 4 Orang sebilik dengan Bilik Mandi | 4 orang sebilik | 2 orang sebilik |
2. | Sewa bulanan (setiap pelajar) | RM330 – RM380 Seorang |
3. | Terma dan Syarat |
Sewa adalah termasuk elektrik, air dan akses internet Bagi unit berhawa dingin, bil utiliti (air elektrik) dihadkan pada RM500 sebulan. Sebarang lebihan amaun akan dibilkan kepada setiap penyewa di unit pangsapuri. |
4. | Kemudahan |
Unit asas : Katil & Tilam, Almari pakaian, Kipas dinding/siling, Kerusi, Meja Belajar, Pemanas Air Kemudahan : Kolam Renang, Dewan Serbaguna, Gym, Taman Permainan, Taman Atas Bumbung, Surau |
5. Perumahan Sewa (untuk Residensi Bukan-UNITAR)
Bagi pelajar yang memilih untuk tinggal di luar kampus, sila hubungi Pentabdbiran Pengurusan Residensi UNITAR untuk senarai ejen yang boleh membantu dalam mencari kediaman yang sesuai untuk anda.
Keselamatan
Pelajar UNITAR akan mempunyai persekitaran yang selamat untuk didiami untuk mereka lebih fokus terhadap pelajaran mereka. Pengawal keselamatan beroperasi 24-jam dan kamera CCTV terletak di setiap tingkat di dalam bangunan UNITAR. Pintu masuk utama didayakan teknologi dan para pelajar dan kakitangan diberikan kad akses.
Kemudahan Sekitar
Semua residensi UNITAR terletak berdekatan pusat membeli-belah, pusat perubatan dan pejabat pos. Pelajar mempunyai akses mudah ke aktiviti rekreasi seperti menonton filem di Golden Screen Cinema (GSC), membeli-belah di kedai-kedai runcit atau membeli barangan runcit di pasar raya besar seperti Tesco, Paradigm Mall dan Giant.
Pejabat Pentadbiran dan Pengurusan Residensi UNITAR kami, boleh dihubungi pada bila-bila masa untuk keperluan kediaman anda.
Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Pentadbiran Residensi dan Pengurusan | Pentadbiran Residensi dan Pengurusan |
---|---|
Aras bawah, Blok G2 & G3 Hub Komersial Parklane, 47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Tel:03-78864231 Emel: rmd@unitar.my |
Tierra Crest Jalan SS6/3, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Tel: 03-76277200 Email: arm@unitar.myy |
Teras Pendidikan UNITAR (UNIEC)
UNIEC (UNITAR Education Core atau Teras Pendidikan UNITAR) adalah Pembelajaran Inovatif Holistik yang membentuk intipati pengajaran dan pembelajaran di UNITAR. Tumpuan sentrikpelajar dijamin lancar di mana pemindahan pengetahuan boleh berlaku bila-bila masa, di mana sahaja; dan di mana interaksi konvensional antara pensyarah dan pelajar yang dianggap penting dan pembelajaran boleh dilakukan di platform maya.
UNITAR menawarkan ‘Blended- Learning’ di mana komunikasi antara pensyarah dan pelajar adalah campuran bersemuka (dikenali sebagai UNIEC Face ) dan interaksi dalam talian (UNIEC Virtual). Profil UNIEC juga membolehkan pelajar menyesuaikan persekitaran pembelajaran mereka.
Antara kaedah-kaedah inovatif UNITAR adalah pengenalan konsep “kelas terbalik” (atau “flipped classroom”) di dalam kuliah, di mana pelajar mengkaji semula kandungan sebelum permulaan kelas untuk penggunaan masa kelas khusus bagi aktiviti bersama pensyarah. Ini adalah salah satu contoh kaedah pemikiran ke hadapan yang digunakan dalam persekitaran pembelajaran UNIEC.
- UNIEC Virtual:
Platform pembelajaran maya yang menawarkan gabungan alat untuk pelajar berkomunikasi, bekerjasama, penciptaan bersama, perkongsian, penganalisasian dan juga penyesuaian kendiri (Sistem Pengenalan UNIEC). - UNIEC Face:
Interaksi bersemuka yang melengkapi pembelajaran maya, memperkuat dan memperkukuh asas pembelajaran pelajar. - UNIEC Tab:
Tablet akan diberikan kepada semua pelajar UNIEC, dilengkapi dengan pemboleh pembelajaran seperti e-buku, kertas kerja kursus, Sistem Pengurusan Kampus dan aplikasi mudah alih yang disesuaikan. - UNIEC Space:
Bilik darjah direka untuk menyokong pembelajaran dalam pelbagai bentuk: pembelajaran kooperatif, pembelajaran berasaskan pertanyaan, bilik “kelas terbalik” (“flipped classroom”), IWV, kolaborasi interaktif dan pembelajaran kes studi. - UNIEC Live:
Alami persidangan video menggunakan sistem UNIEC melalui Big Blue Button, pada platform persidangan web sumber terbuka (open source) yang direka khas untuk pembelajaran dalam talian.
Pusat-Pusat & Fakulti
School of Media, Art & Design
The School of Media, Art & Design (SMArD) adalah fakulti terbaru yang dibentuk pada tahun 2020 dengan tujuan untuk menyediakan graduan cemerlang yang merangkumi kecemerlangan dan kesempurnaan dalam bidang seni reka bentuk dan komunikasi untuk menghasilkan kepakaran dalam kemahiran dan teknologi semasa untuk industri komunikasi, multimedia dan reka bentuk.
Perniagaan & Teknologi
Kami memupuk graduan yang sihat, dilengkapi dengan alat, pengetahuan dan pengalaman praktikal untuk berjaya sebagai seorang usahawan, pengurus korporat dan peniaga profesional.
Pendidikan & Kemanusiaan
Fakulti Pendidikan dan Kemanusiaan menawarkan pelbagai program sarjana yang menjamin laluan kerjaya yang lebih cerah.
Sekolah Seni Kulinari
Sekolah Seni Kulinari memberi tumpuan kepada pelbagai pilihan masakan tradisional dan moden ASEAN untuk dimartabatkan ke tahap teratas dan diiktiraf di arena antarabangsa.
Sekolah Program Asasi
Setiap perjalanan mesti bermula dari suatu tempat. Sekolah Program Asasi UNITAR adalah destinasi hebat yang direka khusus untuk “Menemukan Potensi” dalam usaha memastikan anda mencapai asas akademik yang kuat untuk berjaya dalam persekitaran Universiti.
Kelab & Persatuan
Semua Kelab dan Persatuan di UNITAR dikendalikan oleh para pelajar. Anda boleh menyertai pelbagai kelab dan persatuan yang menarik minat anda:
Majlis Perwakilan Pelajar (SRC)
Majlis Perwakilan Pelajar (Student Representative Council atau SRC) adalah badan perwakilan pelajar yang utama di Universiti, dan mewakili seluruh warga pelajar. Ia memainkan peranan penting dalam menghubungkan pelajar dengan pentadbiran Universiti. Wakil SRC dipilih setiap tahun melalui Pilihan Raya Umum yang diadakan oleh UNITAR.
Anda boleh menghubungi Majlis Perwakilan Pelajar (SRC) di src@student.unitar.my.
Persatuan Pelajar Antarabangsa UNITAR (UISS)
UISS adalah forum untuk pelajar antarabangsa mengenali pelajar lain serta ruang untuk mana-mana pelajar yang berminat bergabung dan menyokong keperluan pelajar antarabangsa di UNITAR. Persatuan ini menganjurkan berbagai aktiviti seperti sambutan Hari Raya dan Krismas untuk memupuk persefahaman dan pengamatan silang budaya di kalangan pelajar.
Kerja Kebajikan & Komuniti
Persatuan Pelajar Borneo (BSS)
BSS dibuka kepada semua pelajar dari Borneo (Sabah dan Sarawak) dan juga dari pulaupulau di Malaysia Timur. BSS adalah sebuah persatuan yang aktif menganjurkan pelbagai aktiviti dan mengambil bahagian aktiviti di dalam mahupun di luar Universiti.
Persatuan Kebudayaan & Agama
- UNITAR Muslim Society (UMS)
UMS menyatukan pelajar Islam melalui aktiviti-aktiviti yang berkaitan ajaran Islam. Ia juga merupakan platform di mana para ahli boleh berusaha memperbaiki pemahaman mereka tentang Islam. - UNITAR Indian Society (UIS)
UIS membawa pelajar India bersama-sama mempromosikan persahabatan melalui aktiviti-aktiviti berkaitan budaya dan warisan India. - Persatuan Cina UNITAR (UCS)
UCS menyatukan pelajar Cina dan mempromosikan persahabatan bersama melalui aktiviti-aktiviti yang berkaitan budaya dan warisan Kaum Cina. - Duta Budaya Tari (DBT)
Duta Budaya Tari UNITAR adalah pasukan kebudayaan rasmi Universiti di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar (STAD). Ianya bertujuan memupuk minat pelajar dalam aktiviti yang berkaitan dengan budaya dan warisan. Duta Budaya telah memperkenalkan beberapa kumpulan di mana pelajar akan belajar dan mengalami keindahan budaya Malaysia yang kaya, dengan pelbagai tradisi.
Aktiviti Rekreasi & Kreatif
Kelab Pengembaraan dan Rekreasi UNITAR (URAC)
URAC mengalu-alukan para pelajar UNITAR yang aktif dan gemar aktiviti lasak untuk menyertai kumpulan yang semakin ramai ini. URAC menawarkan kepada semua ahli terlibat dengan pelbagai acara luar, aktiviti budaya, sukan, penjelajahan dan sosial untuk disertai bersama. Misi URAC adalah untuk menyediakan pelbagai aktiviti yang penuh keseronokan dan santai dalam persekitaran tanpa tekanan, untuk memupuk interaksi sosial antara ahliahlinya. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah kembara hutan, pendakian gunung dan perjalanan rekreasi di Malaysia.
Persatuan Akademik
- HOST Club (HOST)
Kelab HOST adalah satu badan dalam Universiti bermatlamat menyediakan aktiviti sosial dan pendidikan untuk pelajar UNITAR yang berminat dalam industri perhotelan dan pelancongan. Kelab ini telah menganjurkan banyak aktiviti untuk ahli-ahlinya termasuk interaksi universiti dan pertukaran dengan parti luar. - UFS Darevolution (UFS)
Sukan & Seni Bela Diri
Sukan
UNITAR, melalui Unit Sukan dan Rekreasi, menyediakan kemudahan yang mencukupi bagi acara sukan berikut:
- Bolasepak
- Futsal
- Bola Jaring
- Badminton
- Kelab Ragbi
Seni Bela Diri
Kelab Taekwondo
Kelab Taekwondo menawarkan peminat seni bela diri ini suatu persekitaran yang kompetitif, aktif dan sosial. Ahli-ahli boleh berlatih dan meningkatkan tahap kecergasan mereka dalam kelas yang terdiri daripada pengkondisian dan laku-kerja, untuk penambahbaikan ilmu mempertahankan diri.
Bantuan Pelajar Istimewa
Sokongan Moral dan Bantuan untuk Pelajar Istimewa
UNIT Kaunseling UNITAR telah menyediakan sokongan moral dan bantuan terutamanya untuk pelajar istimewa. Bantuan ini bertujuan bagi membantu pelajar-pelajar ini menjalani kehidupan dengan lancar sebagai pelajar di kampus, terutamanya dari segi akademik. Sokongan dan bimbingan akan diberikan untuk pelajar istimewa yang mempunyai kelainan dari segi fizikal dan mental seperti berikut:
Masalah Pembelajaran
Pelajar yang mengalami masalah pembelajaran disebabkan kekurangan dari segi keupayaan mental dan gangguan kognitif.
Ketidakupayaan Fizikal
Pelajar yang mempunyai kesukaran untuk bergerak.
Masalah Kesihatan Mental
Pelajar yang didiagnos dengan kemurungan atau gangguan emosi seperti kecelaruan mood.
Berbakat luar biasa
Pelajar yang mempunyai kebolehan dari segi intelektual atau psikomotor yang luar biasa. Contoh, matematik, muzik, bahasa, lukisan, tarian dan sukan.
Ketidakupayaan Sensori
Pelajar yang mempunyai masalah penglihatan, gangguan pendengaran dan mempunyai masalah pertuturan.
Penyakit Perubatan
Pelajar yang menghidap sebarang penyakit dan mengambil ubat-ubatan tertentu yang menghalang kehidupan mereka sebagai seorang pelajar.
Hubungi Kami
Kaunsellor kami boleh dihubungi dari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi – 5.30 petang.
Unit Kaunseling UNITAR
Student Experience Department, Ground Floor
Call: 03-7627 7200 (Ext: 7233, 7367)
Email: stad@unitar.my
Pusat Perkhidmatan Kerjaya
- Provide students with information on relevant employability opportunities.
- Conduct various workshops and programmes to help prepare the students to be career-ready and prepare them with knowledge of current needs in the industry.
- Provide an avenue for the students to connect with employers in the industry.
- Build partnerships with various industry partners to optimize opportunities for internships and job placements while at the same time creating collaborations for academic delivery.
Services Offered by UNITAR Career Services Centre
a. Programmes available for students Get insights on your interest and understand your own strength with engagements from the faculty, industry partners and UNITAR counselors.- Career Profiling (Psychometric Assessment by MIMOS)
- Career Forum
- Industry Talks/Industry in the Classroom
- Career Advisory Services
- Work-Study Programme
- Apprenticeship Programme with Industry Partners (coming soon in 2020)
- Effective Resume Writing
- Interview Skills Workshop
- Professional Online Presence
- Professional Grooming Skills
- Presentation Skills
- Career Day
- Employer Project
- Professional Online Presence
- On-site Interview
- Sub-skilling Training/Workshop
Become a UNITAR Industry Partner
Employers are welcome to have collaborations and partnership with us. Just drop us an email and we will contact you for further discussion.- Internship opportunities
- Part-time job placements
- Job opportunities for graduate
- Academic collaborations
- Employability Skills Workshop
- Industry in the Classroom
- Employer Projects
- Sponsorship for Events and Awards
Badrie Bin Abdullah Director 03-7627 7200 ext. 7339 badrie@unitar.my |
Kelestarian
Energy Conservation
The central air-conditioning comes on at 7:30 a.m. and is switched off at 6:30 p.m., with the temperature at an average of 21ºC.
Last one to leave any department is responsible for switching off all the lights. Lights are also switched off when no one is present in the department, such as during lunchtimes, meetings or events.
Water Conservation
UNITARians are encouraged to turn taps off when soaping cutlery and other utensils.
Faucets and pipes and constantly checked for leaks as we are aware that even a small drip can waste 50 or more gallons of water a day. If a leak is identified, we rectify the problem within the same working day.
Recycling Programme
We print on both sides of a paper to reduce paper wastage, and where one-sided printing is required, we reuse these papers when they placed in the recycling boxes.
We flatten all cardboard, newspaper, magazines, office paper and common mail for recycling as it makes it easier to be processed and leaves more room for other recyclables.
Green Transport
Our company owned vehicles are serviced every three months to ensure low-carbon emission. These vehicles only run when filled with passengers to reduce trips and conserve fuel consumption.