Table of Contents
UNITAR mengalu-alukan langkah-langkah yang diumumkan oleh Perdana Menteri seta Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam Belanjawan 2027 untuk meningkatkan pendapatan, memperluas peluang ekonomi dan menyokong rakyat Malaysia sepanjang perjalanan mereka daripada pendidikan ke alam pekerjaan. Secara keseluruhannya, inisiatif ini mengiktiraf bahawa pembangunan tenaga kerja yang lebih kukuh memerlukan pelaburan dalam keupayaan individu serta sokongan yang membolehkan mereka berjaya.
Pengumuman kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan, berkuat kuasa Jun 2027, serta pengenalan gaji permulaan minimum sebanyak RM2,500 bagi graduan dan pekerja separa mahir merupakan langkah yang menggalakkan untuk meningkatkan taraf hidup serta mengiktiraf nilai kemahiran dan kelayakan. Asas pendapatan yang lebih kukuh dapat membantu golongan muda Malaysia membina kestabilan hidup serta pendapatan yang wajar untuk meyampung keperluan keluarga mereka. Langkah ini juga berpotensi mendorong lebih ramai untuk melanjutkan pengajian ke peringkat pendidikan tinggi and seterusnya sebagai laluan kepada prospek kerjaya yang lebih baik dan jaminan kewangan yang lebih kukuh.
Gaji yang lebih tinggi perlu disokong oleh peluang untuk membangunkan dan mengaplikasikan kemahiran. Universiti dan majikan berkongsi tanggungjawab untuk menyediakan graduan yang mampu menyumbang dengan yakin, menyelesaikan masalah dan menyesuaikan diri dalam bidang kerjaya mereka. Projek yang dirangka bersama majikan, penempatan industri yang sewajarnya dan pembelajaran berterusan amat penting untuk menterjemahkan aspirasi peningkatan gaji.
Peruntukan RM6.6 bilion bagi keusahawanan dapat memperluas peluang ekonomi dengan menyokong pembangunan perniagaan dan serta peluang pekerjaan. Bagi graduan yang berhasrat membina perniagaan, akses kepada pembiayaan, bimbingan mentor dan pengetahuan praktikal perniagaan dapat membantu menjadikan idea sebagai sumber
pendapatan yang berdaya maju. Pihak Universiti boleh menyumbang dengan membangunkan keupayaan mereka dalam bidang keusahawanan, di samping mendapat kompetensi akademik dan teknikal, agar graduan mampu membina kerjaya sendiri sebagai seorang usahawan.
Kami turut mengalu-alukan seruan Perdana Menteri agar rakyat Malaysia mendepani perkembangan kecerdasan buatan (AI) dengan keberanian dan kesediaan untuk belajar. Peluasan skop pelepasan cukai kepada langganan AI merupakan langkah praktikal untuk memudahkan akses kepada teknologi ini, khususnya bagi mereka yang tinggal di luar Lembah Klang serta golongan berpendapatan rendah. Sebagai seorang pendidik, kami memainkan pernanan penting untuk membantu pelajar merentas bidang menggunakan AI secara berkesan dan beretika and professional.
Pakej RM160 juta yang dibiayai bersama oleh kerajaan dan Grab untuk meningkatkan pendapatan serta kebajikan pekerja e-hailing mengiktiraf realiti dunia pekerjaan yang semakin berubah. Peluang menjana pendapatan secara fleksibel boleh membantu rakyat Malaysia yang mengimbangi pekerjaan dengan pengajian tinggi, pembangunan kemahiran atau tanggungjawab bagi mereka yang menjaga ibu-bapa mereka. Bagi mereka yang perlu terus bekerja sambil belajar, fleksibiliti ini dapat membolehkan mereka melanjutkan pengajian.
Keutamaan kami kekal untuk membantu pelajar maju dalam kerjaya yang bermakna dan memanfaatkan sepenuhnya latihan yang mereka terima. Pekerjaan gig boleh menjadi sumber pendapatan sepanjang perjalanan tersebut, dengan sokongan perlindungan pekerja yang sewajarnya dan peluang pembangunan diri. Laluan pendidikan perlu mengambil kira realiti ini supaya pelajar dapat meningkatkan kelayakan sambil memenuhi tanggungjawab kewangan semasa.
Langkah-langkah bayaran balik PTPTN mencerminkan keprihatinan terhadap tekanan yang dihadapi oleh graduan pada permulaan kerjaya mereka. Penangguhan bayaran balik pada tahun 2027 bagi peminjam berpendapatan RM2,500 dan ke bawah, penetapan bayaran balik minimum sebanyak RM50 sebulan bagi mereka yang berpendapatan melebihi RM2,500 hingga RM3,000, serta pemberian diskaun 10% kepada peminjam tanpa tunggakan yang membuat bayaran secara teratur mengimbangi kemampuan kewangan dengan tanggungjawab pembayaran.
Langkah-langkah ini memberikan ruang kepada graduan untuk membina kestabilan hidup, sambil menggalakkan mereka yang berkemampuan untuk membayar balik pinjaman secara konsisten. Bayaran balik membantu mengekalkan pembiayaan pendidikan bagi pelajar pada masa hadapan, sekali gus membolehkan kemajuan satu generasi menyokong
generasi seterusnya. Pendekatan ini memelihara akses kepada pendidikan tinggi, di samping mengiktiraf bahawa tuntutan bayaran balik perlu mengambil kira keadaan kewangan graduan.
Kenaikan Insentif Pengajaran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas daripada RM250 kepada RM300 sebulan bagi 20,000 guru, bersama latihan kemahiran khusus untuk 3,000 penjaga baharu bagi orang kurang upaya (OKU), merupakan satu lagi pelaburan yang bermakna dalam pembangunan insan. Langkah-langkah ini mengiktiraf kepakaran, dedikasi dan komitmen yang diperlukan untuk menyokong pelajar serta individu dengan keperluan yang pelbagai.
Keupayaan pengajaran dan penjagaan yang lebih kukuh dapat meningkatkan penyertaan dalam pendidikan, menyokong keluarga dan membangunkan tenaga kerja penjagaan yang mahir. Perkhidmatan penjagaan yang lebih baik juga boleh membantu ahli keluarga yang memikul tanggungjawab penjagaan untuk terus bekerja atau melanjutkan pengajian. Keterangkuman bermula dengan sokongan yang diterima oleh seorang kanak-kanak dan perlu diteruskan sepanjang pendidikan lanjutan, pekerjaan serta kehidupan berdikari.
Keutamaan ini mencerminkan tanggungjawab bersama yang lebih luas antara kerajaan, pendidik dan majikan untuk memastikan rakyat Malaysia dapat mengakses peluang, membangunkan keupayaan dan mencapai kemajuan dalam bidang pilihanya. Pihak Universiti perlu menyumbang melalui pendidikan yang relevan, kerjasama industri yang lebih erat serta pembelajaran fleksibel yang memenuhi keperluan golongan muda dan orang dewasa yang bekerja.
Di UNITAR, kami percaya kemajuan perlu dapat dilihat dalam kehidupan masyarakat: seorang pelajar yang mampu menamatkan pengajian, seorang graduan yang mampu membina kerjaya, atau seorang dewasa yang bekerja dan dapat memperoleh kelayakan baharu sambil terus menjana pendapatan. Belanjawan 2027 membuka peluang untuk menghubungkan pendapatan yang lebih baik dengan pendidikan yang mudah diakses dan kemahiran yang lebih kukuh. Kerjasama erat dalam ekosistem pendidikan dan pekerjaan akan membantu menterjemahkan inisiatif ini kepada manfaat jangka panjang bagi tenaga kerja Malaysia.
Tentang penulis
Dr Jagdeep Singh Jassel ialah Naib Canselor dan Ketua Eksekutif Kolej Universiti UNITAR Kuala Lumpur. Kerjaya beliau merangkumi bidang sumber manusia, hospitality dan pendidikan tinggi, termasuk peranan kepimpinan di Malaysia dan luar negara. Beliau memperjuangkan usaha memperkukuh tenaga kerja Malaysia melalui pendidikan tinggi serta kerjasama yang lebih erat antara sekolah, universiti, majikan dan kerajaan.
Mengenai Kumpulan Pendidikan UNITAR
UNITAR Education Group meraikan ulang tahun ke-35 pada tahun 2026, dengan legasi memperluas akses kepada pendidikan berkualiti, memperkasa pelajar daripada pelbagai latar belakang serta melahirkan graduan yang bersedia industri dan berpandangan masa hadapan.
Kontak Media
Josephine Dionisappu
Ketua Komunikasi Korporat
Kumpulan Pendidikan UNITAR
ym.ratinuobfsctd-95aac0@uppasinoid.enihpesoJ
+60 12 376 0029