Learn About Success with UNITAR Olympian Gymnast Jeremiah Loo

Gimnas Olimpik UNITAR Jeremiah Loo: Apa yang Kita Boleh Belajar Mengenai Kejayaan

Apabila Malaysia mengumumkan senarai nama atlet yang akan bertanding untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020, sudah pasti kami bangga mendengar alumni kami sendiri, Jeremiah Loo Phay Xing, telah dipilih untuk mewakili negara dalam Gimnastik Artistik Lelaki. Walau bagaimanapun, perjalanannya sememangnya tidak lancar. Walaupun beliau mengalami kecederaan bahu semasa Sukan SEA 2019 di Filipina, beliau tidak pernah putus asa dan kini, telah berjaya mara ke Sukan Olimpik Tokyo.

 

Memandangkan beliau merupakan tokoh yang menjadi sumber inspirasi kepada kita semua, berikut merupakan 5 perkara yang kita boleh belajar tentang kejayaan daripada Jeremiah Loo:

 

 1.Tetapkan Matlamat

Setiap kisah inspirasi kejayaan bermula dengan matlamat yang jelas. Semasa pengajian Jeremiah di UNITAR, beliau terpaksa mengimbangi pelajarannya dalam Pengurusan Perniagaan dan latihan gimnastik. Walaupun beliau sangat sibuk, beliau berazam cemerlang dalam kedua-kedua aspek ini. Hasilnya, para rakan sekursus memujinya kerana berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.

 

Selagi anda menetapkan matlamat anda, anda juga boleh menyelaraskan fokus anda dan maju depan.

 

2.Rancang Dahulu

Selepas anda menetapkan matlamat anda, tiba masa untuk anda membuat rancangan tindakan. Walaupun Jeremiah telah berjaya memasuki Sukan Olimpik Tokyo, beliau tidak berhenti di sini dan sedang memuat rancangan untuk pertandingan-pertandingan yang akan datang. Pada masa ini, beliau sedang memberi tumpuan sepenuh kepada pemulihan kecederaannya. Selepas itu, beliau akan kerap bersenam untuk mengekalkan stamina dan kekuatan fizikal.

 

Membuat rancangan awal pun boleh diaplikasikan untuk berjaya dalam pelajaran.  Oleh itu, senario seperti belajar pada saat terakhir tidak digalakkan. Antara rahsia pelajar cemerlang  termasuk membuat ulang kaji sedikit demi sedikit, seperti membaca satu perenggan atau satu halaman sehari (ini akan menggalakkan amalan membaca), menyenaraikan soalan-soalan subjek anda semasa mengulang kaji dan beristirahat apabila perlu, walaupun bacaan itu ringan. Semua ini akan membawa anda ke kisah inspirasi kejayaan tersendiri!

 

3.Jadilah Seorang yang Optimis

Permulaan kisah Jeremiah bermula dengan percikan keterujaan yang kecil apabila budak Pulau Pinang itu yang masih kecil menyaksikan ayah dan adik-beradiknya kembali dari latihan gimnastik mereka. Mereka akan mengajar Jeremiah apa yang mereka telah belajar dari latihan dari semasa ke semasa dan tidak lama kemudian, Jeremiah, yang hanya berusia 7 tahun, telah membuat keputusan untuk mengikuti jejak keluarganya dan mempercayai bahawa beliau juga boleh menjadi seorang gimnas yang hebat.

 

Sifat optimisnya sejak bangku sekolah lagi sehingga sekarang telah membuka laluan untuk pelbagai peluang untuk bertanding dalam pertandingan antarabangsa. Begitulah juga dengan pendidikan — apabila kita tahu subjek yang akan serasi bagi kita, kita harus kekal dengan hala tujunya dan selalu berfikir positif semasa waktu yang mencabar.

 

4.Selalu Lapar

Kita akan selalu memiliki ruang untuk penambahbaikan dalam apa jua kita lakukan. Jeremiah sangat memahami konsep ini, dan sebab itulah beliau sangat mengagumi gimnas yang berpengalaman walaupun ada antara mereka yang telah pun bersara. Baginya, beliau tahu beliau perlu lakukan yang terbaik dengan mempelajari rahsia kejayaan gimnas lain.  

 

Dengan selalu merasa lapar dan rendah diri barulah kita boleh meneroka peluang untuk perkembangan diri sebagai seorang pelajar dan selebih-lebihnya.

 

5.Dapatkan Maklum Balasan

Akhir sekali, dapatkan maklum bala dari pensyarah dan rakan sekelas anda. Tugasan dan pembentangan yang hebat tidak boleh dicapai dalam sekelip mata. Perkara begitu tentu akan memerlukan banyak latihan dan hati yang kebal untuk selalu memperbaiki diri. Bagi seorang gimnas seperti Jeremiah, beliau selalu dikelilingi ahli keluarga yang selalu memberi sokongan padu, jurulatih dan atlet yang akan menilai dan memberi pendapat yang jujur supaya beliau boleh memperbaiki diri sebagai seorang atlet antarabangsa yang cemerlang. Oleh itu, kritikan konstruktif dan nasihat dari orang sekeliling sangat penting.

 

Pengajaran dari kisah inspirasi kejayaan Jeremiah Loo yang berjaya masuk Sukan Olimpik sememangnya telah mengajar kita definisi kejayaan bagi pelajar-pelajar UNITAR. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentangnya atau ahli alumni yang lain, anda boleh mengikuti kita di Facebook dan Instagram!

Request Info

Our education counsellors are ready to help you!

Complete the form below;
it takes less than a minute.

"*" indicates required fields

Hidden
This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Download Brochure

"*" indicates required fields

Hidden
This field is for validation purposes and should be left unchanged.