5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Apabila Memilih Kursus Ijazah

5 Perkara yang Perlu Anda Tahu Apabila Memilih Kursus Ijazah

Memilih program ijazah atau degree untuk sambung belajar yang betul adalah keputusan yang mencabar. Jadi anda mungkin tertanya-tanya, “Bagaimanakah cara memilih course yang sesuai?” Memilih antara pelbagai program ijazah sarjana muda yang tersedia dengan membandingkannya berdasarkan minat dan cadangan ibu bapa boleh menjadi tekanan. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk diingat bahawa ramai orang yang telah membuat keputusan yang sama dan mereka berjaya dalam industri mereka sendiri sebagai seorang professional. Jadinya, ia adalah penting untuk melakukan penyelidikan mengenai program dan kursus yang disediakan supaya anda tahu apa yang bakal anda pelajari, laluan kerjaya dalam kursus yang anda pilih, dan apa yang anda boleh jangkakan daripada memilih kursus ijazah itu. Disenaraikan di bawah adalah 5 perkara dan cara yang perlu anda ketahui sebelum memilih course yang sesuai untuk belajar.

1. Kenal pasti faktor yang penting kepada anda dalam kursus 

Gaji 

Memilih program ijazah sarjana muda yang ideal dengan menitik beratkan beberapa faktor seperti semangat, wang dan laluan kerjaya adalah permulaan yang baik. Walaupun gaji purata untuk industri yang anda minati mungkin berada pada spektrum yang tinggi, itu tidak bermakna anda boleh memperoleh jumlah yang sama. Bergantung pada industri yang anda pilih, kadangkala anda perlu bekerja untuk jangka masa yang lama untuk memperoleh jumlah anggaran tersebut. Mencari kedudukan pekerjaan yang anda inginkan dalam pencari kerja mungkin memberi anda anggaran yang lebih tepat mengenai potensi gaji anda.

Minat 

Seorang penulis terkenal Amerika, Mark Twain, pernah berkata, “Cari pekerjaan yang anda suka lakukan, dan anda tidak perlu bekerja sehari pun dalam hidup anda.” Cuba anda fikirkan mengapa selebriti kegemaran anda berkembang maju dalam industri mereka? Ia adalah kerana mereka mempunyai semangat dan minat yang besar dalam apa jua yang mereka lakukan. Anda boleh melakukan perkara yang sama untuk diri sendiri dan anda akan merasakan seperti anda tidak pernah bekerja sehari pun dalam hidup anda.

2. Kenal pasti faktor yang penting kepada anda dalam kursus 

Di bawah ialah faktor utama yang boleh membantu apabila anda membuat keputusan mengenai industri yang ingin anda ceburi.

  • Tempoh kursus

Tempoh kursus boleh memberi anda gambaran tentang anggaran umur anda sebaik sahaja anda mula bekerja. Pertimbangkan hakikat bahawa anda akan memperoleh gaji peringkat permulaan pada tahun-tahun awal.

  • Mata pelajaran

Subjek tambahan yang anda ambil akan memainkan peranan besar dalam CGPA anda; pilih elektif yang menarik minat anda dan anda yakin untuk lulus.

  • Pengalaman kerja

Kaedah terbaik untuk mendapatkan maklumat berharga tentang pengalaman kerja dalam kehidupan sebenar adalah untuk mendapatkan sedikit pandangan daripada orang yang bekerja dalam bidang yang anda minati.

3. Senaraikan kursus yang menarik minat anda 

Sebaik sahaja anda mempunyai senarai kursus ijazah yang anda minati, anda boleh cuba meminta nasihat daripada pihak ketiga. Tujuan ini ialah untuk mengelakkan anda daripada rasa menyesal dengan kursus ijazah yang anda pilih dan ianya akan membuat anda hilang semangat dan fokus ketika belajar. Walau bagaimanapun, jangan asaskan keputusan muktamad anda pada pendapat satu orang sahaja; tanya seberapa ramai orang untuk meminta pendapat mereka sehingga anda yakin dengan keputusan anda.

4. Buat kajian tentang apa yang diharapkan jika bekerja dalam bidang minat anda 

Ia adalah penting untuk menjalankan penyelidikan dalam talian mengenai kursus yang anda minati sebelum membuat keputusan tetap. Tujuan ini ialah bagi mengembangkan skop penyelidikan tempat sambung belajar anda. Sebaik sahaja anda telah melengkapkan peringkat penyelidikan dalam talian, anda harus melawat universiti yang anda minati. Tulis soalan terlebih dahulu untuk bertanya kepada staf di kolej untuk mengelakkan soalan berulang dan kekeliruan.

5. Terlalu banyak kebimbangan hanya akan membuat anda tertekan 

Terlalu banyak berfikir kadangkala boleh menyebabkan anda memikirkan masalah yang mungkin tidak berlaku. Terdapat beberapa elemen yang perlu anda titik beratkan apabila memilih kursus ijazah dan laluan kerjaya anda. Anda mungkin mempunyai hari di mana anda tidak melakukan yang terbaik, namun itu adalah sebahagian daripada jalan untuk menjadi profesional dalam industri pilihan anda. Semangat boleh melonjak dengan lebih lagi apabila anda mempelajari program yang anda minati, dan jika semangat itu pudar, cari lah sesuatu yang anda boleh lakukan untuk menaikkan kembali semangat anda untuk menggenggam segulung ijazah. Jika anda ingin menambah skil, anda juga boleh mengambil kursus tambahan di universiti. Jika anda sedang dalam proses meneliti kursus ijazah dan degree yang sesuai untuk anda sambung belajar, pertimbangkan Universiti Antarabangsa UNITAR. Pelbagai program ijazah, kemudahan dan kualiti pensyarah boleh menjadikan kehidupan universiti anda memori yang tidak dapat anda lupakan

Request Info

Our education counsellors are ready to help you!

Complete the form below;
it takes less than a minute.

"*" indicates required fields

Hidden
This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Download Brochure

"*" indicates required fields

Hidden
This field is for validation purposes and should be left unchanged.