Syarat Akademik
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU
- Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang yang berkaitan; ATAU
- Memiliki Sijil (Tahap 3, MQF) dalam bidang yang berkaitan dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00; ATAU
- Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana mata pelajaran; ATAU
- Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang-kurangnya Gred Maqbul; ATAU
- Kelayakan lain yang setara dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Syarat Kompetensi Bahasa Inggeris bagi Pelajar Antarabangsa
Pelajar antarabangsa dikehendaki mencapai sekurang-kurangnya Band 3.5 dalam Malaysian University English Test (MUET) atau kelayakan yang setara dengan CEFR (High B1). Jika pelajar tidak memenuhi syarat ini, pemberi pendidikan tinggi hendaklah menawarkan kursus penguasaan Bahasa Inggeris bagi memastikan tahap penguasaan pelajar mencukupi untuk memenuhi keperluan program.