- Lulus SPM atau setaraf dengannya, dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) subjek termasuk Matematik; ATAU
- Lulus STPM atau setaraf dengannya, dengan minima Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana subjek dan kepujian dalam Matematik dalam SPM atau yang setaraf dengannya; ATAU
- Lulus STAM dengan minima Gred Maqbul dan kepujian dalam Matematik dalam SPM atau setaraf dengannya; ATAU
- Lulus Sijil (Tahap 3, MQF) atau yang setaraf dengannya, dengan kepujian dalam Matematik dalam SPM atau yang setaraf dengannya; ATAU
- Lulus SKM (Tahap 3, MQF) dalam bidang berkaitan dan kepujian dalam Matematik dalam SPM atau setaraf dengannya dan WAJIB mengikuti program kursus intensif jangka pendek; ATAU
- Lulus BTEC Tahap 3 dan lulus SPM atau setaraf dengannya, dengan minima satu (1) kepujian dalam mana-mana subjek; ATAU
- Syarat kemasukan ke program Diploma (Tahap 5, MQF) melalui APEL seperti yang diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Pemohon mestilah/mempunyai:
1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur sekurang-kurangnya 20 tahun pada tahun permohonan;
3. Pengalaman kerja yang relevan / Pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu; DAN
4. Lulus penilaian APEL
KEPERLUAN BAHASA INGGERIS
Pelajar Antarabangsa
1. Skor minima 4.0 dalam IELTS ATAU setaraf dengannya.