Ijazah Sarjana dalam Perniagaan (Tahap 7, MQF) atau dalam disiplin lain yang berkaitan dan diiktiraf oleh Senat Universiti; ATAU
Ijazah Sarjana (Tahap 7, MQF) dalam bidang yang tidak berkaitan seperti yang diterima oleh Senat HEP, tanpa pengalaman kerja yang relevan, tertakluk kepada penilaian dalaman yang ketat;
ATAU
Ijazah Sarjana (Tahap 7, MQF) dalam bidang tidak berkaitan seperti yang diterima oleh Senat HEP dan tanpa pengalaman kerja yang relevan, tertakluk kepada lulus kursus prasyarat; ATAU
Sebarang kelayakan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;
ATAU
Calon cemerlang dalam Ijazah Sarjana Muda (Tahap 6) diberi kemasukan secara langsung ke program Ijazah Doktor Falsafah Penyelidikan (Tahap 8, MQF) dengan syarat berikut:
1. Calon mempunyai Ijazah Sarjana Muda kelas pertama atau kelayakan setaraf dengannya; ATAU
2. Calon memperoleh minima PNGK 3.67 atau setaraf dengannya daripada akademik atau teknikal dan Pendidikan Vokasional dan Latihan (TVET); DAN
3. Dinilai daripada penilaian dalaman yang ketat oleh UNITAR; DAN
4. Diluluskan oleh Senat UNITAR dan diterima sebagai calon program Ijazah Kedoktoran (Tahap 8, MQF). Pelajar mestilah menunjukkan kemajuan yang bersesuaian dalam tempoh pencalonan.
DAN
Kertas cadangan sebanyak 500 perkataan dalam Bahasa Inggeris mesti dihantar bersama dokumen relevan yang diperlukan untuk kemasukan ke Univerisit pada hari pendaftaran.
KEPERLUAN BAHASA INGGERIS
Pelajar Antarabangsa
1. Skor minima 6.5 dalam IELTS ATAU
2. Skor minima 600 dalam TOEFL ATAU setaraf dengannya.
Pelajar Tempatan
1. Kredit Bahasa Inggeris dalam SPM; ATAU
2. Lulus penilaian dalaman (peperiksaan lisan) yang ditetapkan oleh universiti, dengan minima Gred C. Panel penilaian termasuk dua ahli kanan fakulti /sekolah dan wakil Jabatan Bahasa Inggeris dari Fakulti Pendidikan dan Kemanusiaan (FEH) atau jabatan lain yang relevan. Panel dilantik oleh Dekan / Pengarah Fakulti / Sekolah / Pusat berkenaan.