Syarat Kemasukan Program
Anda perlu memenuhi syarat-syarat berikut untuk kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda di UNITAR:
- Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) (atau mana-mana kelayakan yang setaraf dengannya) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ (GP2.33) dalam mana-mana 2 mata pelajaran; dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (atau mana-mana kelayakan yang setaraf dengannya) dengan kepujian dalam Matematik dan lulus dalam Bahasa Inggeris; ATAU
- Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan gred minimum Jayyid; dan lulus SPM (atau mana-mana kelayakan yang setaraf) dengan kepujian dalam Matematik dan lulus dalam Bahasa Inggeris; ATAU
- Kelayakan Matrikulasi/Asasi (atau mana-mana kelayakan yang setaraf dengannya) dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.50 daripada 4.00, dan lulus SPM (atau mana-mana kelayakan yang setaraf dengannya) dengan kepujian dalam Matematik dan lulus dalam Bahasa Inggeris; ATAU
- Mana-mana kelayakan yang setaraf dengan Diploma Kewangan, Perbankan, Insurans atau bidang berkaitan (Rangka Kerja Kelayakan Malaysia Tahap 4, MQF) dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.50 daripada 4.00.
- Nota: Syarat kredit bagi Matematik dan lulus dalam Bahasa Inggeris pada peringkat SPM bagi calon dalam kategori (i), (ii), (iii) boleh diketepikan sekiranya kelayakan mengandungi mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris dengan pencapaian yang setara/lebih tinggi..
Syarat Bahasa
Pelajar Antarabangsa
- Skor IELTS 6.0 ATAU yang setaraf dengannya.