Ijazah Sarjana Muda Kewangan (Fintech) (Kepujian)
MOHE/MQA:
(N/0412/6/0010)(10/2028) MQA/PA16700
Ijazah Sarjana Muda
9 Semesters / 3 Years
PTPTN Available
Daripada
RM 1,400.00sebulan
RM 48,000.00 jumlah yuran pengajian
MOHE/MQA:
(N/0412/6/0010)(10/2028) MQA/PA16700
Ijazah Sarjana Muda Kewangan (Fintech) atau teknologi kewangan direka untuk menyediakan pelajar tentang pemahaman yang komprehensif tentang kedua-dua prinsip kewangan dan bidang Fintech yang sedang berkembag pesat, dimana teknologi diterapkan dalam perkhidmatan kewangan.
Program ini merangkumi bidang pengetahuan utama termasuk kursus kewangan teras, analisis data, pembangunan perisisan kewangan, dan peraturan serta pematuhan untuk menyediakan pengalaman pembelajaran holistik antara indusri kewangan dan teknologi.
Micro-Credential Percuma!
Peroleh Micro-Credential dalam Analisis Perniagaan sebagai penambahan percuma kepada program ini. Peroleh set kemahiran yang sangat diminta di pelbagai industri pada zaman ini.
Kurikulum Kursus direka untuk IR 4.0
Penyepaduan teknologi digital yang membentuk semula industri kewangan: Kewangan & Teknologi, dan Rantaian Blok & Matawang Kripto.
Membuka pelbagai laluan kerjaya Seperti perbankan, perkhidmatan kewangan, insurans, teknologi maklumat, dan syarikat permulaan fintech.
12 minggu latihan industri
Bagi mendedahkan pelajar kepada pengalaman kerja yang berkaitan dengan industri Fintech dan mengaplikasikan pelajaran yang diberikan.
Anda perlu memenuhi syarat-syarat berikut untuk kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda di UNITAR:
Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ (PNGK 2.33) dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran; dan kredit Matematik dan lulus dalam Bahasa Inggeris dalam SPM; ATAU
Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang-kurangnya Gred Jayyid dan kepujian Matematik serta lulus dalam Bahasa Inggeris dalam SPM; ATAU
Lulus Diploma Kewangan, Diploma Perbankan, Diploma Insurans atau program berkaitan (Tahap 4, MQF) dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.50; ATAU
Lulus Matrikulasi/Asasi dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.50 dan lulus Matematik kredit dalam Bahasa Inggeris pada SPM; ATAU
Lulus Majlis Pendidikan Perniagaan dan Teknologi (BTEC) Tahap 4 & 5 dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran (atau setaraf dengannya); ATAU
Sebarang kelayakan lain yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;
Hasil Pembelajaran Program (PLO) program ini adalah untuk menyediakan graduan yang mampu:
WhatsApp us