- Lulus STPM atau setaraf dengannya, dengan minima Gred C+ (GP 2.33) dalam mana-mana dua (2) subjek dan kepujian dalam Matematik; ATAU
- Lulus STAM dengan minima gred Jayyid dan kepujian dalam Matematik; ATAU
- Lulus Matrikulasi / Asasi dengan minima PNGK 2.50 dan kepujian dalam Matematik; ATAU
- Diploma dalam Perakaunan atau bidang berkaitan, atau setaraf dengannya dengan minima PNGK 2.50 dan kepujian dalam Matematik; ATAU
- Lulus Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) / Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) / Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dengan minima PNGK 2.50 dalam bidang berkaitan dan kepujian Matematik dalam SPM tertakluk kepada kelulusan Senat dan WAJIB mengikuti program kursus intensif jangka pendek; ATAU
- Lulus DKM / DLKM / DVM dengan sekurang-kurangya PNGK 2.00 dan kepujian dalam Matematik dalam SPM DAN mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan dan WAJIB mengikuti program kursus intensif jangka pendek; ATAU
- Lulus BTEC Tahap 4 & 5 dengan kepujian dalam tiga (3) subjek dalam SPM termasuk Matematik; ATAU
- Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia; ATAU
- Syarat kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda (Tahap 6, MQF) melalui APEL seperti yang diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Pemohon mestilah/mempunyai:
1. Warganegara Malaysia; DAN
2. Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun pada tahun permohonan;
3. Pengalaman kerja yang relevan / Pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu; DAN
4. Lulus penilaian APEL
KEPERLUAN BAHASA INGGERIS
Â
Pelajar Antarabangsa
1. Skor minima 5.0 dalam IELTS ATAU
2. Skor minima 550 dalam TOEFL ATAU setaraf dengannya.
Â
Pelajar Tempatan
MUET Band 2*
Lulus dalam Bahasa Inggeris SPM*
Dikecualikan daripada kursus Bahasa Inggeris universiti
1. Lulus dengan cemerlang dalam Bahasa Inggeris SPM / SPMV
2. MUET Band 4, 5 dan 6
3. Lulus kursus Bahasa Inggeris di institusi terdahulu
Perlu mengambil kursus persediaan Bahasa Inggeris 2
1. Kredit dalam Bahasa Inggeris SPM
2. MUET Band 1, 2 dan 3
Perlu mengambil kursus persediaan Bahasa Inggeris 1 dan 2
1. Tiada kredit dalam Bahasa Inggeris SPM / SPMV
*Keperluan standard program