Program Asasi Teknologi Maklumat ini direka untuk memberi pengetahuan dan membina kemahiran praktikal untuk pelajar yang berminat dalam industri Teknologi Maklumat. Program ini akan melengkapkan pelajar dengan input yang sewajarnya sebelum mereka mengikuti program ijazah yang berkaitan. Sepanjang program ini pelajar juga akan berpeluang untuk mempelajari pengetahuan pengkomputeran yang berkaitan dengan asas-asas Multimedia dan Penerbitan Web, Programming, Pangkalan Data dan Sistem Informasi, Teknologi Maklumat, Interaksi Manusia-Komputer dan Organisasi Sistem Komputer
Antara beberapa universiti swasta yang menawarkan pinjaman PTPTN untuk program Asasi.
Pembelajaran Dinamik – Melengkapkan pelajar untuk melanjutkan pengajian dalam bidang sains sosial, pengurusan perniagaan dan bidang berkaitan teknologi maklumat menjadikannya batu loncatan ke pelbagai bidang pengajian.
Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan minimum lima kepujian termasuk Matematik atau Matematik Tambahan DAN SATU (1) mata pelajaran Sains, Teknologi atau Kejuruteraan; ATAU
Lulus Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dengan mendapat Gred minimum B dalam tiga mata pelajaran termasuk Matematik atau Matematik Tambahan DAN SATU (1) mata pelajaran Sains, Teknologi atau Kejuruteraan; ATAU
Lulus O-Level dengan sekurang-kurangnya Gred C termasuk Matematik atau Matematik Tambahan DAN SATU (1) mata pelajaran Sains, Teknologi atau Kejuruteraan; ATAU
Mana-mana kelayakan lain yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.