Table of Contents
Universiti Antarabangsa UNITAR bekerjasama dengan pencipta kandungan, penerbit dan pempengaruh Joshua Michael untuk menghasilkan Sattham. Filem pendek Deepavali berbahasa Tamil ini menjadikan cabaran kreativiti di bilik kuliah sebagai teras sebuah kisah tentang keluarga, kenangan dan rasa kekitaan.
Sattham, yang bermaksud âBunyiâ, mengisahkan Encik Raman, seorang pensyarah yang mencabar pelajarnya untuk memikirkan semula pendekatan penceritaan musim perayaan selepas mereka membentangkan sebuah iklan Deepavali yang klise dan terlalu dramatik. Dalam usaha mencari idea yang lebih jujur dan dekat dengan kehidupan sebenar, mereka mendapati pensyarah itu juga mempunyai kisahnya sendiri.
Filem ini menggabungkan komedi, satira dan penceritaan yang menyentuh emosi untuk mengangkat pengalaman yang dekat dengan ramai orang: riuh-rendah sambutan bersama keluarga yang kadangkala terasa membingitkan, namun amat dirindui apabila mereka tidak berada di kalangan yang sama.
Bagi UNITAR, kerjasama ini menyepadukan identitinya sebagai institusi pendidikan untuk menyampaikan sesuata cerita. Bilik kuliah menjadi ruang untuk pelajar menilai semula idea yang lazim, bertindak berdasarkan maklum balas dan memahami bagaimana pengalaman peribadi boleh mencetuskan karya kreatif yang bermakna.
Timothy Johnson, Ketua Pegawai Komersial Kumpulan Pendidikan UNITAR, berkata kempen ini mencerminkan hasrat universiti untuk mendekati penonton melalui kisah yang menzahirkan identiti dan tujuannya.
âPendidikan mampu menyemarakkan rasa ingin tahu dan memberikan keyakinan kepada seseorang untuk meneroka ideanya. Dalam Sattham, cetusan itu bermula apabila seorang pensyarah mencabar pelajarnya untuk melihat lebih jauh daripada perkara yang biasa dan menemukan sebuah kisah yang wajar dikongsikan.
âDeepavali juga mengingatkan kita tentang kemesraan yang kita bawa ke dalam kehidupan satu sama lain. Kami mahu kemesraan itu dirasai melalui sebuah kisah yang berpaksikan pengalaman rakyat Malaysia, dengan humor dan hubungan yang dekat di hati penonton. Kerjasama ini menzahirkan secara kreatif aspirasi UNITAR untuk menggalakkan setiap individu berani bersuara dan menyerlahkan potensi diri,â katanya.
Joshua Michael bertindak sebagai peneraju kreatif dan penerbit, menyelia pembangunan cerita, penulisan lakon layar, pengarahan kreatif serta pelaksanaannya bersama pasukan produksi. Beliau sebelum ini pernah bekerjasama dengan UNITAR menerusi siri web BADEP.
âSejak awal lagi, kami mahu mengolah semula formula iklan perayaan yang biasa dilihat sambil menyampaikan sebuah kisah dengan emosi yang mendalam. Dengan menjadikan pensyarah, pelajar dan bilik kuliah sebagai teras cerita, kerjasama ini mempunyai kaitan yang bermakna dengan UNITAR,â kata Joshua.
âPada asasnya, Sattham berkisar tentang perkara yang sering kita anggap akan sentiasa ada. Perbualan, gelak tawa dan riuh-rendah Deepavali mungkin terasa hingar-bingar, tetapi semuanya juga mengingatkan kita bahawa kita sebahagian daripada sebuah keluarga. Kami berharap penonton terhibur dengan humornya dan melihat sambutan mereka sendiri dari sudut yang berbeza.â
Pelakon yang berpengalaman di Malaysia, Ganesan Manohgaran, membawakan watak Encik Raman. Barisan pelakon turut menampilkan Hashaanthan, Aiswarya, Pugeal, Gunamax, Marie Dashani, Mohan Chandra Dass dan Bibiana Anthony. Pemilihan pelakon menitikberatkan keserasian yang meyakinkan, ketepatan penyampaian komedi serta keupayaan menzahirkan emosi halus dalam cerita.
Penggunaan bahasa Tamil yang bersahaja dan dekat dengan pertuturan harian mengekalkan konteks budaya watak-wataknya, manakala sari kata bahasa Inggeris membolehkan penonton daripada pelbagai latar belakang mengikuti kisah ini.
UNITAR menyokong penerbitan ini dengan menyediakan akses ke kampus serta membantu penyelarasan dan kerjasama sepanjang proses pembangunan dan penggambaran. Pasukan produksi pula menyumbangkan kepakaran dalam sinematografi, lakonan, pengarahan seni, penyuntingan, reka bentuk bunyi dan pascaproduksi.
Walaupun Sattham merupakan sebuah kisah yang lengkap, pasukan produksi sedang meneroka kemungkinan menghasilkan siri mikrodrama yang menampilkan watak-wataknya, sekali gus mengembangkan kerjasama ini kepada lebih banyak kisah tentang kehidupan kampus dan pengalaman pelajar.
âSaya memuji UNITAR kerana terus meneroka ruang kreativiti dan mencari pendekatan baharu, termasuk yang di luar kebiasaan, untuk mendekati penonton. Kesediaannya meneroka format baharu di media sosial menunjukkan kefahaman tentang bagaimana kandungan yang relevan dan menarik dapat menghidupkan kisah sebuah universiti serta mendekatkannya dengan khalayak sasaran.â
Tonton Sattham: SATTHAM | Official Deepavali Film | Joshua Michael | UNITAR Deepavali 2026
Mengenai Kumpulan Pendidikan UNITAR
UNITAR Education Group menyambut ulang tahun ke-35 pada tahun 2026, meraikan legasi dalam memperluas akses kepada pendidikan berkualiti, memperkasakan pelbagai golongan pelajar serta melahirkan graduan yang bersedia memenuhi keperluan industri dan berorientasikan masa hadapan di Malaysia dan luar negara.
Selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG), UNITAR terus memperjuangkan pendidikan yang mudah diakses, inklusif dan relevan. UNITAR memperlengkap pelajar daripada pelbagai latar belakang dengan pengetahuan, kemahiran, pola fikir dan peluang yang diperlukan untuk berkembang maju dalam dunia yang semakin saling berhubung dan berubah dengan pantas.Â
Kontak Media
Josephine Dionisappu: Ketua Komunikasi Korporat: Kumpulan Pendidikan UNITAR, ym.ratinuobfsctd-66204c@uppasinoid.enihpesoj