UNITAR Passport Programme and How it Works

Apakah Program-Program Pasport UNITAR & Bagaimanakah ia Berfungsi?

Matlamat ideal bagi setiap graduan adalah untuk mengaplikasian apa yang mereka telah berusaha untuk belajar di universiti dalam alam pekerjaan. Namun begitu, realiti sememangnya sangat berbeza. Berdasarkan tinjauan YouGov pada tahun 2019, terdapat 51% graduan Malaysia yang bekerja dalam bidang pekerjaan yang langsung tiada kaitan dengan ijazah mereka, manakala yang selebihnya 49% bernasib baik kerana mendapat pekerjaan yang berkaitan dengan ijazah mereka. [1]

Untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran kebolehkerjaan dan keusahawanan, program pembangunan usahawan UNITAR telah dicipta untuk membuka laluan kepada para pelajar untuk mendapat pekerjaan yang diinginkan melalui paspot kebolehkerjaan dan usahawan.

 

Gambaran Keseluruhan Program Pasport UNITAR  

Proses melanjutkan pelajaran agak mengelirukan, dan sebab itulah Program Pasport UNITAR telah ditubuhkan untuk menyediakan laluan yang jelas bagi semua pelajar dengan:

 

  • Mencari mod pengajian (konvensional atau dalam talian) yang paling sesuai bagi anda
  • Menawarkan lebih banyak kemahiran yang berbeza dalam pelbagai kursus yang boleh menambah nilai pada ijazah anda
  • Membantu anda merancang perjalanan akademik dan kerjaya anda

 

Untuk mengetahui jika sebuah bidang akademik bersesuaian dengan anda, kami juga menawarkan ujian personaliti kerjaya berserta rancangan “Percepatkan Masa Depan Anda”. Rancangan ini amat bermanfaat supaya pelajar dapat melihat rancangan akademik mereka secara keseluruhan dengan mengisi butir-butir maklumat seperti:

 

  • Sasaran umur
  • Kelayakan akademik yang relevan
  • Mod pengajian yang digemari
  • Sasaran jawatan kerjaya
  • Kemahiran & kecekapan teras yang relevan
  • Kemahiran & kecekapan sekunder yang relevan
  • Matlamat akhir (akademik atau bukan akademik)

 

Apa yang unik tentang rancangan “Percepatkan Masa Depan Anda” adalah ia tidak berhenti pada tahun pertama pengajian akademik anda; ia akan tetap membimbing anda sampai peringkat pasca siswazah. Jelaslah bahawa program passport berfungsi sebagai “penasihat akadamik peribadi” yang memastikan anda akan membuat pilihan belajar yang selaras dengan minat kerjaya dan komitmen kewangan anda.

Dengan ujian personaliti kerjaya dan rancangan “Percepatkan Masa Depan Anda”, anda boleh menentukan sama ada anda ingin memacu ke arah kebolehkerjaan atau keusahawanan dengan program ijazah yang relevan, kelayakan mikro, bengkel industri, aktiviti sukan dan latihan amali. 

 

Program Pasport Kebolehkerjaan: Permulaan Perjalanan Anda untuk Mendapat Pekerjaan dengan Mudah!  

Matlamat utama bagi Pasport Kebolehkerjaan adalah untuk membina kecekapan dengan menyelami pelajar dalam pembelajaran berasaskan pengalaman seperti berinteraksi dengan pemimpin-pemimpin industri, yang menghubungkan jurang antara pendidikan buku teks dan aplikasi dunia sebenar. Ia juga memenuhi keperluan professional bekerja yang ingin menukar kerjaya ataupun meningkatkan kemahiran daripada jawatan pekerjaan semasa mereka.

 

Sini ialah contoh sekiranya anda memilih Pasport Kebolehkerjaan:  

Katakanlah anda inginkan kenaikan pangkat dari jawatan peringkat C (sasaran jawatan kerjaya) dalam sebuah institusi pendidikan pada umur 35 tahun (sasaran umur). Untuk mencapai matlamat ini, anda boleh melihat Sarjana Perniagaan Pentadbiran – Dalam Talian  (kelayakan akademik yang relevan & mod pengajian yang diingini) yang memang diperlukan untuk jawatan eksekutif.

Eksekutif perniagaan sudah tentu perlukan pengetahuan dan kebolehan untuk menghadapi ombak ekonomi yang pantas dan sering berubah. Dengan memegang sebuah MBA, anda boleh berkomunikasi dengan pelbagai jabatan secara efektif, mengetahui amalan perniagaan utama, serta mengimplementasikan kaedah yang berkualitatif dan berkuantitatif untuk membuat analisis dan menyelesaikan isu perniagaan yang kritikal.  

Selain memperoleh pengetahuan dalam pengurusan, strategi perniagaan, kemahiran kewangan dan pemasaran daripada program MBA (kemahiran & kecekapan yang relevan), anda juga akan menambahkan nilai pada kelayakan akademik anda dengan menghadiri bengkel industri UNITAR yang percuma atau membayar untuk menghadiri kursus kelayakan mikro, yang akan menjadi sumber kemahiran dan kecekapan sekunder anda untuk menjadi seorang eksekutif perniagaan yang berkaliber dalam apa-apa organisasi (matlamat akhir).

 

Program Pasport Keusahawanan:  

Daripada bergantung pada kata-kata pakar kewangan, lebih baik untuk anda merealisasikan impian anda untuk memiliki perniagaan sendiri dengan program Pasport Keusahawanan di universiti. Lepasan sekolah menengah dan orang dewasa yang sudah bekerja boleh mengambil program ini untuk mendapat akses kepada pendidikan perniagaan yang holistik, asas strategi perkembangan dan amalan perniagaan moden yang terbaik.

 

Berikut merupakan gambaran sekiranya anda memilih Pasport Keusahawanan:  

Anda masih sangat baru dalam dunia perniagaan di mana anda kekurangan pengetahuan dan kemahiran keusahawanan. Bagi pelajar keusahawanan yang baharu seperti anda, tahun pertama dalam program ijazah pentadbiran perniagaan (Hons)  (kelayakan akademik yang relevan) akan melengkapkan anda dengan prinsip dan teori  perniagaan (kemahiran dan kecekapan teras yang relevan) untuk membawa anda ke arah latihan amali anda  nanti dalam semester (matlamat akhir). Penglibatan dalam bengkel dan aktiviti pelajar UNITAR akan bantu mengembangkan kemahiran dan kecekapan sekunder anda, termasuk kemahiran berkomunikasi.

 

Rancangkan Perjalanan Pendidikan Anda dengan Program Pasport UNITAR!  

Sama ada anda memilih Pasport Kebolehkerjaan, anda pasti akan menikmati kehidupan universiti anda yang tidak terikat pada menghafal fakta buku teks sahaja. Dengan Program Pasport UNITAR, para pelajar akan diberi apa yang diperlukan untuk membina kerjaya yang berjaya dalam jangka masa panjang. Hubungi kaunselor pendidikan kami hari ini untuk mendapat maklumat lanjut tentang kursus keusahawanan yang sedia ada serta pertanyaan akademik yang lain.

 

 

Sumber:

1.https://my.yougov.com/en-my/news/2019/10/08/half-malaysians-work-jobs-unrelated-their-degrees/

Request Info

Our education counsellors are ready to help you!

Complete the form below;
it takes less than a minute.

"*" indicates required fields

Hidden
This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Download Brochure

"*" indicates required fields

Hidden
This field is for validation purposes and should be left unchanged.