Mengapa Pendidikan Awal Kanak-Kanak Penting?

Apa itu pendidikan awal kanak-kanak? Pendidikan awal kanak-kanak menetapkan asas untuk pembelajaran sepanjang hayat, tingkah laku dan kesejahteraan umum. Pengalaman kanak-kanak semasa peringkat awal membentuk otak dan keupayaan untuk belajar, bergaul dengan orang lain dan bertindak balas terhadap cabaran harian.

 

Dengan memahami kepentingan pendidikan awal kanak-kanak, ini dapat membantu ibu bapa melihat bagaimana ia memainkan peranan dalam pembelajaran prasekolah anak-anak mereka, yang kemudiannya boleh membawa kepada semangat untuk belajar sepanjang hayat, mengembangkan kemahiran sosial dan menggalakkan perkembangan kemahiran motor dan deria halus.

 

Mari kita memahami dengan lebih mendalam tentang kepentingan pendidikan awal kanak-kanak untuk melihat mengapa ianya penting untuk diteruskan.

 

1.Membangunkan Kemahiran Literasi

Literasi pada peringkat awal adalah pembelajaran bunyi, kata-kata dan penggunaan kontekstual. Mengapa pendidikan awal kanak-kanak penting? Ini kerana guru prasekolah mempunyai kuasa untuk mempengaruhi perkembangan kemahiran literasi awal dan berpotensi memberi kesan kepada kejayaan kanak-kanak di sekolah.

 

Guru prasekolah boleh membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran bahasa dengan menggunakan teknik interaktif yang tertentu seperti meminta mereka menunjuk ke tajuk cerita, meramalkan apa yang mungkin berlaku dalam cerita dan menceritakan semula suatu peristiwa dalam cerita yang didengarnya. Ini dilakukan untuk melibatkan mereka sebelum, semasa dan selepas membaca teks.

 

Dengan membentuk asas kemahiran celik huruf semasa peringkat perkembangan awal kanak-kanak, pelajar muda ini dapat memperoleh pengetahuan melalui membaca serta penggunaan media dan teknologi. Dengan ini, mereka boleh menyumbang pengetahuan melalui penulisan dan membangunkan media dan teknologi di kemudian hari.

 

2.Meningkatkan Pemikiran Kritikal

Satu lagi sebab mengapa pendidikan awal kanak-kanak penting adalah bahawa ia mengajar kanak-kanak untuk berfikir secara kritikal. Pemikiran kritikal berlaku apabila kanak-kanak menggunakan pengetahuan dan pengalaman yang ada untuk menyelesaikan masalah dalam pelbagai cara, seperti [1]:

 

  • Membuat perbandingan dan kontra
  • Memberi sebab berlakunya sesuatu peristiwa
  • Menilai idea dan membentuk pendapat
  • Memahami pandangan orang lain
  • Meramalkan apa yang akan berlaku pada masa akan dating
  • Memikirkan penyelesaian yang kreatif

 

Pemikiran kritikal juga merupakan kemahiran asas untuk mendapat penguasaan bahasa dan celik huruf yang baik. Apabila kanak-kanak mula berfikir secara kritikal, kemahiran bahasa mereka berkembang apabila mereka mengambil dan menggunakan perbendaharaan kata yang lebih kompleks. Sebaliknya, pemikiran kritikal mereka berkembang apabila perkembangan bahasa mereka berkembang.

 

Dari segi celik huruf, kanak-kanak mesti dapat melakukan lebih daripada mengenali dan menghasilkan bunyi daripada huruf dan kata-kata. Mereka perlu belajar bagaimana untuk memahami isi tersirat, iaitu untuk mengetahui perkara-perkara yang tidak dinyatakan secara jelas dalam buku.

 

Apabila diberi buku cerita, guru prasekolah boleh membimbing pelajar mereka untuk memikir secara kritikal melalui cara penyelesaian masalah, ramalan dan penjelasan.

 

3.Memupuk Keyakinan Diri

Jika anda masih bertanya kepada diri sendiri “mengapa pendidikan awal kanak-kanak penting?”, anda mungkin melihat bahawa majoriti kanak-kanak sekolah membawa rasa keyakinan diri dan positif kerana terdapat anak-anak lain untuk berinteraksi, membuat aktiviti pasukan dan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Bilik darjah tadika biasa mengamalkan pujian dan pengakuan, menyampaikan harapan yang realistik, membolehkan pelajar menetapkan sempadan peribadi dan pemilikan barang-barang mereka dan yang paling penting, tidak membandingkan satu pelajar dengan yang lain.

 

Menghantar kanak-kanak untuk prasekolah bukan hanya tentang mempersiapkan mereka untuk kejayaan akademik di institusi pembelajaran masa depan, ia juga untuk meningkatkan perkembangan awal kanak-kanak dan itulah sebabnya penting untuk meneruskan walaupun pelajaran dijalankan atas talian.

 

Sama ada di rumah atau di prasekolah, kita tidak dapat menafikan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak. Seperti yang dijelaskan di atas, faedah pendidikan awal kanak-kanak boleh memberi kesan yang ketara kepada pembelajaran dan perkembangan peribadi kanak-kanak. Berminat untuk memulakan perjalanan akademik anda dalam pendidikan awal kanak-kanak? Lihat Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak UNITAR hari ini!

 

 

Sumber:

1.http://www.hanen.org/Helpful-Info/Early-Literacy-Corner/Critical-Thinking.aspx

Request Info

Our education counsellors are ready to help you!

Complete the form below;
it takes less than a minute.

"*" indicates required fields

Hidden
This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Download Brochure

"*" indicates required fields

Hidden
This field is for validation purposes and should be left unchanged.