Bilik Simulasi Prasekolah untuk Pelajar ECE
Di UNITAR, kami inginkan pelajar kami melangkaui pembelajaran fizikal di dewan kuliah atau pembelajaran dalam talian. Oleh itu, pelajar diploma ECE kami diberi peluang untuk menjalankan pelajaran dan aktiviti di dalam bilik simulasi untuk memahami peranan mereka sebagai guru prasekolah atau tadika.
Ahli Akademik Berpengalaman dengan Pengetahuan Industri Berkaitan
Sebahagian daripada pensyarah kami datang daripada latar belakang pengajaran prasekolah, yang mana pelajar boleh mendapat manfaat daripadanya semasa program diploma. Mereka akan mempelajari selok-belok operasi prasekolah dan cabaran dunia sebenar.
Sukatan pelajaran diploma merangkumi rujukan kurikulum yang berbeza, termasuk KSPK dan GENIUS (sebelum ini dikenali sebagai PERMATA). Antara subjek yang akan dipelajari ialah teknik bercerita, pergerakan kreatif, boneka dan bermain peranan (role-play).
Berikut adalah beberapa bidang yang akan diliputi oleh pensyarah ECE:
- Pengurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Asas dan metodologi pengajaran dan pembelajaran untuk kanak-kanak kecil.
2. Perkembangan Kanak-kanak
Peranan penting orang dewasa dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangsang untuk pelajar muda sejak lahir hingga usia prasekolah.
3. Aktiviti Kanak-kanak
Reka bentuk kondusif “bilik darjah bermain” dengan protokol keselamatan serta sumber dan kaedah pengajaran untuk menggalakkan kreativiti kanak-kanak.
Gunakan Pengalaman Kerja Anda untuk Mendaftar di UNITAR!
Melalui APEL, individu yang bekerja boleh memanfaatkan pengalaman kerja anda untuk kemasukan ke Universiti Antarabangsa UNITAR. Selain itu, anda juga akan mendapat peluang untuk mengurangkan tempoh dan kos pengajian.
Jika anda memohon melalui APEL, syarat kemasukan untuk ke Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tahap 5, MQF) adalah seperti berikut:
- menjadi warganegara Malaysia
- berumur lebih daripada 20 tahun
- mempunyai pengalaman kerja yang relevan / pembelajaran pengalaman terdahulu
- telah lulus penilaian APEL
Prospek Kerjaya
- Pembantu jagaan kanak-kanak
- Pendidik Seni Kanak-kanak
- Pendidik Bahasa Kanak-kanak
- Pembantu Pusat Pendidikan
- Guru
Program ini ditawarkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia (BM), (dalam bentuk bahasa pengantar dan bahan pembelajaran).