Alternative Careers for Psychology Graduates - UNITAR International University

5 Pilihan Kerjaya Yang Bukan Dalam Bidang Kesihatan Mental untuk Graduan Psikologi

Psikologi adalah pilihan ijazah yang popular – sukatan pelajaran yang unik sahaja merupakan faktor yang besar tarikannya, dan walaupun terdapat tanggapan salah bahawa terdapat kerjaya yang terhad untuk graduan psikologi, sebenarnya terdapat pelbagai jenis pekerjaan yang anda boleh dapatkan dengan ijazah Sarjana Muda dalam bidang psikologi. Ramai pelajar benar-benar berminat dalam psikologi sebagai subjek tetapi tidak berhasrat untuk meneruskan kerjaya dalam penjagaan kesihatan mental. Berita baiknya ialah jurusan psikologi dilengkapi dengan set kemahiran unik yang membolehkan mereka meneruskan pekerjaan yang memerlukan pemahaman mengenai jiwa dan tingkah laku manusia.

Berikut adalah lima laluan kerjaya alternatif untuk jurusan psikologi:


1.Eksekutif Sumber Manusia

Jika anda seorang yang hebat dalam menilai orang dan mendelegasikan pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran, pengetahuan dan minat mereka, anda mungkin calon yang sempurna sebagai eksekutif sumber manusia. Selain mengendalikan aktiviti pentadbiran seperti imbuhan pekerja, faedah, pendidikan dan insentif, eksekutif sumber manusia juga memastikan pekerja yang baru dan pekerja sedia ada gembira dengan pekerjaan mereka. Teras eksekutif sumber manusia ialah memahami sifat manusia dan memanfaatkan pengetahuan yang diperoleh untuk mengoptimumkan fungsi pekerja dalam organisasi. Ini menjadikannya salah satu peluang kerjaya dalam bidang psikologi.


2.Ahli Terapi Pendidikan Khas

Salah satu laluan kerjaya psikologi yang bermanfaat ialah menjadi ahli terapi pendidikan khas. Bagi mereka yang suka meluangkan masa bersama kanak-kanak dan mengajar mereka, terutamanya mereka yang berkeperluan khas, menjadi ahli terapi pendidikan khas adalah pekerjaan yang sesuai. Ahli terapi pendidikan khas mengambil kira keperluan setiap kanak-kanak dan menyesuaikan langkah terapeutik khusus untuk mereka bagi membantu mencapai potensi optimum mereka.


3.Eksekutif Pengiklanan & Media

Dalam era internet dan media sosial, tidaklah keterlaluan untuk mengatakan bahawa terdapat iklan di mana-mana dan untuk apa-apa sahaja. Jika anda seorang peminat iklan Thai, anda mungkin tahu bahawa iklan ialah alat yang berkuasa untuk memacu kesedaran perniagaan dan jenama. Orang di membuat iklan ini memahami apa yang menarik minat demografi tertentu dan akan menggalakkan mereka untuk membuat pembelian. Untuk melakukan ini, memahami jiwa manusia adalah penting. Ini menjadikan peranan pengiklanan & eksekutif media sebagai salah satu peluang kerjaya dalam bidang psikologi.


4.Penganalisis Pengalaman Pengguna (UX)

Jika anda seorang yang teknikal dengan kecenderungan untuk data besar, ini adalah salah satu pekerjaan yang anda boleh dapatkan dengan Sarjana Muda dalam psikologi. Seorang Penganalisis UX akan mengkaji data yang diperoleh untuk menganalisis gelagat dan pengalaman pengguna untuk menyesuaikan pengalaman terbaik untuk mereka, dan ini memerlukan pemahaman kritis dan analitik tentang kepenggunaan dan kelakuan manusia. Pada zaman di mana kebanyakan pengalaman manusia dihayati dalam talian, mereka yang mencari kerjaya alternatif untuk jurusan psikologi mungkin ingin menganggap ini sebagai kerjaya.


5.Profesional Jualan

Orang dalam jualan perlu memujuk dan meyakinkan orang bagi menyelesaikan jualan. Konsep jualan bukan sekadar menukar produk, barangan dan perkhidmatan dengan wang tunai – ia juga melibatkan pemahaman permintaan pelanggan dan menyediakan penyelesaian kepada masalah pengguna.

Secara ringkasnya, terdapat banyak kerjaya untuk graduan psikologi yang tidak melibatkan penjagaan kesihatan mental. Terdapat banyak kemahiran yang boleh dipindahkan dengan ijazah dalam psikologi, yang sangat dihargai dalam pelbagai industri.

Rasa teruja belum? Semak Ijazah Sarjana Muda Psikologi (Kepujian) UNITAR untuk bermula hari ini!

Request Info

Our education counsellors are ready to help you!

Complete the form below;
it takes less than a minute.

"*" indicates required fields

Hidden
This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Download Brochure

"*" indicates required fields

Hidden
This field is for validation purposes and should be left unchanged.