Table of Contents
Universiti Antarabangsa UNITAR menganjurkan bengkel praktikal bersama pencipta kandungan, pembikin filem dan pemuzik Jenn Chia, yang dikenali di media sosial sebagai @soimjenn, bagi membantu pelajar mengolah pengalaman harian di kampus menjadi cerita yang menarik di ruang media sosial.
Sesi selama dua jam itu memberi peluang kepada peserta untuk mengaplikasikan apa yang dipelajari dengan menghasilkan cerita video mereka sendiri. Video daripada kumpulan terpilih kemudian ditayangkan kepada semua peserta, sesi memberikan maklum balas secara langsung bersama Jenn.
Kumpulan pemenang yang terdiri daripada tiga pelajar diumumkan pada 2 Oktober 2026, dan video mereka dikongsikan menerusi akaun TikTok UNITAR. Ahli kumpulan tersebut ialah Nor Fatini Nor Azizi, pelajar Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Fesyen dan Pemasaran; Shamalah Ramalingam, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan; serta Letchumy Subramaniam, pelajar Diploma Seni Reka Dalaman.
Bertemakan âYour campus. Your POV. Your content.â, bengkel ini menggalakkan peserta untuk menerokai pemerhatian dan pengalaman sebagai titik permulaan untuk menghasilkan kandungan asli di media sosial.
Bengkel ini memberi tumpuan kepada cara menentukan sudut penceritaan yang jelas serta membuat pilihan penggambaran dan penyuntingan yang sesuai. Pelajar turut mempelajari bagaimana penyuntingan boleh mempengaruhi suasana dan makna sesebuah cerita, mencuba menghasilkan kandungan di ruang awam serta menguji hasil kerja mereka dengan pengguna media social.
Sesi ini juga memberi peluang praktikal kepada pelajar untuk menghasilkan video dengan menggunakan alat yang sudah mereka miliki, iaitu telefon pintar. Peserta yang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang ini juga di galakkan untuk menerokai bakat serta kreativiti masing-masing.
âPelajar di universiti mempunyai bakat tersendiri dalam bidang penghasilan kandungan. Bidang ini  kini menawarkan peluang kerjaya dan pendapatan yang semakin menarik perhatian golongan muda. Kami melihat usaha memupuk minat ini, di samping membekalkan pelajar dengan kemahiran, keyakinan dan pertimbangan yang baik untuk merealisasikan cita-cita mereka. Peluang belajar daripada pengamal seperti Jenn membantu pelajar memahami usaha dan disiplin di sebalik sesuatu karya, serta memberi mereka asas untuk melangkah lebih jauh,â kata Timothy Johnson, Ketua Pegawai Komersial Kumpulan Pendidikan UNITAR.
Mengenai Kumpulan Pendidikan UNITAR
UNITAR Education Group menyambut ulang tahun ke-35 pada tahun 2026, meraikan legasi dalam memperluas akses kepada pendidikan berkualiti, memperkasakan pelbagai golongan pelajar serta melahirkan graduan yang bersedia memenuhi keperluan industri dan berorientasikan masa hadapan di Malaysia dan luar negara.
Selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG), UNITAR terus memperjuangkan pendidikan yang mudah diakses, inklusif dan relevan. UNITAR memperlengkap pelajar daripada pelbagai latar belakang dengan pengetahuan, kemahiran, pola fikir dan peluang yang diperlukan untuk berkembang maju dalam dunia yang semakin saling berhubung dan berubah dengan pantas.
Kontak Media
Josephine Dionisappu
Ketua Komunikasi Korporat
Kumpulan Pendidikan UNITAR
ym.ratinuobfsctd-6c984c@uppasinoid.enihpesoJ
+60 12 376 0029