Table of Contents
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan UNITAR dalam memastikan pendidikan tinggi lebih mudah diakses, mampu milik dan memberi ganjaran kepada rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat, khususnya golongan dewasa bekerja yang meneruskan pengajian walaupun berdepan cabaran peribadi, kewangan dan keluarga.
Antara pemenang yang diraikan ialah Subashini Sivasankar, pelajar Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) di UNITAR dan seorang guru Matematik di Global Art International School, Bangi. Kisah beliau melambangkan ketabahan, keazaman dan harapan.
Beliau duduk di Seremban dan berulang-alik setiap hari ke Bangi, Subashini mengimbangi kerjaya yang mencabar sebagai seorang pendidik, sambil menjalankan pengajian di peringkat doktoral sambil memikul tanggungjawab terhadap keluarganya. Awal tahun ini, ayahnya meninggal dunia.Â
âKemenangan ini terasa seperti hadiah istimewa daripada ayah saya. Ia datang pada saat saya dan keluarga memerlukan sesuatu yang positif dalam hidup kami. Saya merasakan seolah-olah ayah masih menjaga kami, dan saya melihatnya melalui rezeki kereta ini,â katanya.
Bagi Subashini, kenderaan tersebut melambangkan lebih daripada sekadar pengangkutan. Ia menjadi simbol harapan dan semangat baharu dalam tempoh yang mencabar, selain membantu meringankan perjalanan hariannya yang panjang.
âRakan-rakan sekerja saya sudah tidak sabar untuk melihat kereta baharu saya esok. Mereka semua turut gembira untuk saya,â tambahnya.
Seorang lagi pemenang, Visagen Shanmugam, yang kini berada dalam semester ketiga program Diploma Pengurusan Logistik di UnIversiti Antarabangsa UNITAR, sebelum ini bergantung kepada bapanya kerana menaiki kereta bersama-sama untuk hadir di kelasnya. Beliau berkata bahawa kemenangan ini akan mengurangkan beban keluarganya dengan ketara, selain memberinya kebebasan untuk meneruskan pendidikan, khususnya bagi perjalanan harian yang lancar dari Sungai Buloh ke Kelana Jaya.
Kempen ini turut bermakna kepada Pavitran Gunasekaran, seorang pelajar yang baru mendirikan rumah tangga dan kini mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan di Kolej Universiti Kuala Lumpur. Bertugas sebagai anggota polis, Pavitran memulakan perjalanan akademiknya bersama UNITAR tahun lalu. Ketika melangkah ke fasa baharu kehidupan, kenderaan ini akan membantu menyokong pengajian, tanggungjawab harian dan aspirasi masa depannya, sambil membina asas yang lebih kukuh untuk keluarga muda yang sedang dibinanya.
Menurut Profesor Emeritus Tan Sri Datoâ Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Canselor Universiti Antarabangsa UNITAR, para pemenang mencerminkan kepelbagaian komuniti pelajar universiti tersebut, daripada golongan pendidik dan profesional bekerja sehinggalah anak muda yang sedang membina masa depan melalui pendidikan.
Majlis turut mengetengahkan impak Tabung Amanah Zakat UNITAR, yang sejak tahun 2024 telah membantu lebih 200 pelajar meneruskan pendidikan melalui bantuan kewangan dan peluang pendidikan bernilai lebih RM120,000. Majlis pada hari ini turut menyaksikan seramai 21 pemenang Cabutan Bertuah Zakat UNITAR menerima hadiah masing-masing.
Profesor Emeritus Tan Sri Datoâ Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata pendidikan kekal sebagai antara instrumen paling berkuasa dalam meningkatkan mobiliti sosial dan mengubah kehidupan.
âDi sebalik setiap pelajar terdapat kisah pengorbanan, keazaman dan harapan. Para pemenang hari ini mengingatkan kita bahawa pendidikan bukan sekadar memperoleh kelayakan akademik. Ia adalah tentang mengubah kehidupan, memperkasakan keluarga dan mewujudkan peluang yang mampu mencorakkan masa depan.
âDi UNITAR, kami berbangga dapat menyokong pelajar daripada pelbagai latar belakang, termasuk golongan dewasa bekerja, pelajar generasi pertama dan mereka yang berdepan cabaran kewangan. Kejayaan mereka memberi inspirasi kepada kami untuk terus memperluaskan akses kepada pendidikan berkualiti di seluruh Malaysia.â
Kempen Giveaway Myvi UNITAR merupakan sebahagian daripada usaha lebih luas universiti untuk menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat sambil menghargai pelajar yang berani mengambil langkah untuk mencapai impian pendidikan mereka.
Ketika para pemenang pulang bukan sahaja dengan sebuah kereta, malah dengan keyakinan baharu terhadap masa depan, majlis ini menjadi peringatan bahawa apabila peluang bertemu dengan keazaman, hasil yang luar biasa mampu dicapai.
Mengenai UNITAR Education Group
UNITAR Education Group meraikan ulang tahun ke-35 pada tahun 2026, dengan legasi memperluas akses kepada pendidikan berkualiti, memperkasa pelajar daripada pelbagai latar belakang serta melahirkan graduan yang bersedia industri dan berpandangan masa hadapan.
Selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG), UNITAR terus menyediakan pendidikan yang inklusif, relevan dan holistik.
Kontak Media
Josephine Dionisappu,
Ketua, Komunikasi Korporat ,
Kumpulan Pendidikan UNITAR, 012-376 0029
ym.ratinuobfsctd-85c2a1@uppasinoid.enihpesoj,